Thursday, July 24, 2008

Memori Cinta Luka

Memori Cinta Luka

Air laut yang bergelora bagaikan menukas. Pantai permai putih melandai terhampar berliku–liku. Pohon–pohon nyiur yang menari-nari ditiup angin bagaikan berbisik. Hari demi hari aku digigit kesepian yang amat menyeksakan sejak ditinggalkan kekasihku yang telah pergi buat selama-lamanya.

Sedang aku termenung di luar jendela, tiba-tiba lagu ‘Masih Ada Cinta’ nyanyian Dayang Nurfaizah terngiang-ngiang di cuping telingaku.

“Rindu nan membara
Menyala dan membelai jiwa
Tiada berteman
Sepinya berpanjangan…”

Lagu itu membuka kotak memoriku untuk mengimbas kenangan lama. Pertama kali aku menemui Idris, kawan sedarjahku yang paling kacak sekali, aku amat tertarik dengannya. Sinaran matanya terasa lembut dan mendamaikan. Pipinya selicin pauh dilayang. Bibirnya semerah delima merekah. Wajahnya bersinar cerah dengan pancaran mentari kehidupan dari bebola mata yang coklat ceria. Suaranya merdu, bak burung perindu. Tidak pernah aku melihat seorang jejaka yang sungguh kacak sekali. Kami mula berkenalan dan bertukar-tukar nombor telefon. Sejak hari itu aku dengan Idris sering berbual-bual di telefon selama berjam-jam dan sering keluar untuk berjalan-jalan bersama-sama. Setelah beberapa lama kami berkenalan, bibit-bibit cinta mula berputik. Hubungan kami bertambah mesra dan kami bagaikan belangkas yang tidak dapat dipisahkan. Aku tidak ingin berpisah dengannya buat selama-lamanya.

Suatu hari, kami berjanji untuk berjumpa dan makan malam bersama di restoran lima bintang pada waktu senja. Buat pertama kali kami makan malam di restoran lima bintang. Aku sedang menunggunya di dalam restoran tersebut. Satu jam sudah berlalu tetapi Idris tidak muncul-muncul lagi. Aku cuba untuk menelefon telefon bimbitnya tetapi tiada sesiapapun yang menjawab panggilanku. Inilah pertama kalinya dia memungkiri janjinya. Perasaan geram dan marah muncul di hatiku. Kebencian hati memuncak sekali. Perasaan marahku semakin meluap-luap bagai gunung berapi yang akan meletus. Mataku memancar api terbakar.

Senja telah pun ditelan malam. Dengan perasaan geram, aku terus melangkah keluar dari restoran itu untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku ternampak sebuah kemalangan. Alangkah terkejutnya apabila aku ternampak mangsa kemalangan itu ialah kekasihku, Idris.

“Tidak! Idris! Tidak!!!” Teriakku sambil berlari menuju ke arah Idris. Tubuhnya bermandikan darah.

Butiran mutiara yang mengolami kelopak mataku mengalir deras tidak berhenti-henti membasahi pipiku bagai empangan pecah. Sebak dan pilu hatiku ibarat dicucuk sembilu. Keluarga Idris dan juga keluargaku tiba sebaik sahaja mereka mendapat tahu berita buruk itu daripadaku. Mereka tidak sempat menatap wajah Idris sebelum kematiannya. Aku terjumpa sepucuk surat di sakunya khas untukku. Aku mengoyakkan mulut sampul surat kirimannya lalu membaca kandungannya:

Farahziana, permata hatiku,

Dalam kesyahduan malam, kuutuskan surat ini buatmu. Maafkan aku jikalau aku telah membuatmu sedih atau marah sepanjang perhubungan kita ini. Aku sentiasa menyayangimu tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Engkaulah yang aku sering merindui walaupun hanya satu hari tidak bertemu. Engkaulah yang aku sayangi dengan penuh kasih sayang seperti lautan kasih yang tiada bertepian.

Ketika Ina menerima surat ini mungkin Idris sudah tiada lagi di dunia ini buat selama-lamanya. Andainya Idris pergi, janganlah bersedih kerana Idris akan sentiasa berada di sisimu ke mana jua Ina pergi. Iringilah pemergianku dengan doa restu. Janganlah lupakan aku sehingga ke akhir hayatmu. Selamat tinggal sayang…

Yang sentiasa menyayangimu
Idris

Air mataku mengalir dengan lebih deras setelah membaca surat itu. Jenazah Idris dibawa pulang untuk dimandikan sebelum dibawa ke Pusara Aman. Impianku untuk membina istana bahagia dengannya kini hanyut bersama titisan embun yang berguguran. Sembilu menusuk tajam ke lubuk sukmaku. Hatiku hancur bagai kaca terhempas di batu.

Tidakku sangka, air mataku bercucuran jatuh ke pipi apabila aku mengimbas kembali pengalaman itu yang berlaku dua tahun yang lalu. Aku menyapu air mataku yang mulai gugur. Surat yang dikirim oleh Allahyarham Idris masih ada hingga sekarang, masih kelihatan baru dan dijaga dengan baik kecuali bekas titisan air mataku yang gugur setiap kali aku membaca surat itu.

Kini aku hidup dalam kesunyian dan kesepian. Aku masih belum ada pengganti yang serupa seperti Idris atau lebih hebat daripada dirinya. Kenangan manis bersamanya akan kekal dalam sanubariku sehingga akhir hayatku. Surat-surat cinta kami dan gambar-gambar kami bersama menjadi memori rindu.

Idris, walaupun engkau telah meninggalkanku, kasihku kepadamu kukuh berdiri bagaikan Tugu Taj Mahal. Cintaku padamu akan tetap kekal abadi. Aku akan tetap merinduimu. Semoga rohmu diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau seorang insan yang mulia. Amin, Ya Rabbal ‘alamin.

Alfie Farhana
Menengah 2E1
Sekolah Menengah Dunearn

Kemarau Kasih

Kemarau Kasih

Samudera yang luas terbentang itu berkilauan disinari cahaya sang mentari yang sedang membenam di garisan horizon. Awan berbaju merah kemegahan bertaburan di dada langit. Angin senja menghembuskan udara yang semakin dingin, seolah-olah berirama melodi syahdu. Rambutku yang hitam lebat mengerbang menutupi raut wajahku yang bujur sirih itu.

Aku bersandar di tepi jendela di dalam kamarku. Aku teringatkan seseorang insan yang mencurahkan kasih sayang sepenuh kepadaku. Insan yang bernama ayah. Ayahku seseorang yang tabah, berani dan penyayang. Sejak aku dan abangku Lukman dilahirkan dalam dunia ini, ayahku mencurahkan kasih sayangnya kepada kami seperti labah-labah cinta kepada telurnya. Malang sekali, ayah telah meninggal dunia tiga tahun dahulu akibat penyakit leukimia. Pemergiannya yang secara tiba-tiba itu amat payah untuk kami sekeluarga mempercayainya. Walau bagaimanapun, sebelum beliau meninggalkan kami, beliau sempat mewalikan pernikahan abangku bersama tunangnya, Kak Linda. Pemergian ayah menjejas prestasi peperiksaanku. Namun, aku tetap belajar bersungguh-sungguh dan berharap akan menjejakkan kaki ke menara gading.

Lamunanku hilang secara spontan. Hatiku ditimbuni kesedihan. Kesedihan yang terlalu sukar untuk dihapuskan dari perasaanku. Tanpa aku sedari, air mata yang sekian lama bergenang di sebalik kelopak mataku jatuh berderai menjadi ribuan serpihan permata di ribaku. Di luar jendela, embun jantan sudah mulai membasahi bumi. Dengan perlahan-lahan, aku mengesat-ngesat air jernih yang semakin deras mengalir di pipiku yang merah gebu. Ya Allah, hanya Kau sahajalah yang mengerti kesedihanku dan dapat mengetahui betapa hancurnya hati ini.

Fikiranku tersentak. Kedengaran suara ibu memanggilku.

“Yana! Anak tak tahu mengenang budi! Mari sini cepat!” Getaran suara yang masih hiba jelas kedengaran.

Aku mengorak langkah keluar dari kamarku menuju ke dapur, di mana ibuku sedang berada. Matanya memancar api kemarahan.

“Ibu, ada apa hal? Kenapa ibu memekik sambil menyebut nama Yana tadi?”, aku menanya ibu dengan perlahan. Bunga-bunga kebimbangan menguntum di lubuk hatiku.

“Tengok ni, anak kurang ajar! Pinggan mangkuk yang dah pecah, kau sengaja tidak mahu pungut dan buang ke dalam tong sampah!” Tangan keras kematu terangkat tinggi, melayang menampar pipi gebuku. Cermin mataku melayang jatuh ke lantai. Panahan busur-busur mata dan tikaman lidah keris menderaku. Keangkuhan ibu membuatkan kebencian semakin menebal di hatiku. Aku tetap bersabar. Ya Allah, ibu sudah mula minum lagi. Kini, beliau tidak berdaya memikirkan tentang keadaan persekitarannya. Kotak fikirannya dipenuhi kemarahan, dadah dan arak.

“Ibu, mengucap bu. Tolonglah. Kasihankanlah Yana ni. Yana tidak pernah pecahkan pinggan mangkuk ini. Dari pagi, Yana berada di bilik sahaja. Yana tidak ke mana-mana.”

“Ah! Sudahlah! Jangan hendak mengajar aku apa nak buat. Sekarang, engkau pergi kemas semua ini dan jangan ganggu aku lagi. Pergi!” Ibuku terus mengambil dompetnya di atas meja makan dan menuju keluar dari rumah.

Ibu hendak membeli arak lagi. Mengapa? Ya Allah, mengapa ibu menjadi begini? Ibu telah menjadi kaki botol dan ketagihan dadah sejak kematian ayahku. Tidakkah beliau berasa simpati terhadap anak-anaknya? Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaanku. Aku tidak berdaya hendak melakukan apa-apa lagi. Sejak kecil lagi, aku asyik didera ibu. Aku tidak mampu mengubati luka yang parah dalam jiwaku. Air mataku berguguran di pipiku bagaikan karangan manik terputus talinya. Aku segera mengemas serpihan kaca di lantai dapur.

Loceng rumah berbunyi. Aku mengintip di lubang kecil pintu. Hatiku melonjak gembira. Abangku akhirnya pulang ke rumah, keseorangan. Aku membuka pintu dan menjemputnya masuk sambil menampilkan senyuman mesra di bibirku yang semerah delima merekah. Abangku kelihatan gelisah. Sebelum aku sempat menghulurkan tanganku untuk bersalaman dengannya, dia terus menuju ke dapur. Matanya liar mencari sesuatu di situ.

“Abang hendak cari apa?”

“Dadah. Adik ada satu tidak? Aku perlukan sekarang. Cepat!”

“Dadah? Abang, Yana tak ada dadah. Mengucap bang.”

Perasaan berkecamuk melanda hatiku. Aku merenungnya dengan seribu perasaan yang aku sendiri tidak mengerti.
“Adik tidak berguna! Apa hendak jadi dengan engkau ni ah, Yana? Aku kan sudah kata, belikan yang baru untuk aku kalau dah habis. Kau tak ada otak ah?” kata-katanya meluncur bersama pandangannya yang tajam.

Ketakutan mula bergayut di sudut hatiku. Tanpa aku sedari, satu tamparan yang kuat hinggap di pipiku. Pandanganku menjadi kelabu.

“Aaahhhh! Naik gila aku nanti kalau aku tak ada lagi dadah di sini.”

Abangku terus berlari ke pintu dan menuju keluar dari rumah. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku. Fikiranku didera kebimbangan. Apa akan terjadi kepada abang dan ibu di luar nanti? Di manakah mereka sekarang?

Hampir tiga minggu sebelum peperiksaan GCE peringkat "A" akan bermula. Sebagai seorang murid di Maktab Rendah Raffles, aku tekun belajar dan rajin untuk mencapai kejayaan walaupun diriku bagai ditimpa gunung-gunung batu pejal yang pecah beserakan.

Hari yang lama dinanti-nantikan sudah pun tiba. Aku sedang bersiap-sedia untuk pergi ke maktab rendah untuk mengetahui keputusan peperiksaan GCE peringkat 'A'. Selepas bersarapan, aku pun menyalam ibu yang sedang menyikat rambut pendeknya.

“Alahai. Buat apa kau nak salam aku? Buang masa sahaja. Pergi keluarlah. Kalau kau balik nanti, jangan lupa belikan aku enam botol arak dari kedai runcit di bawah blok kita.”

Lidahku kelu untuk menyambung kata-kata. Keharuan kembali mengisi hatiku. Namun, aku cuba tabahkan diriku. Aku pun mengikat tali kasutku dan melangkah mantap dan penuh keyakinan ke destinasiku.

“Yana, cikgu sungguh bangga dengan kejayaan awak. Tahniah! Awak telah muncul sebagai pelajar terbaik di Maktab Rendah Raffles tahun ini untuk peperiksaan Sijil Peperiksaan GCE Peringkat A kerana mendapat markah kepujian untuk kesemua mata pelajaran. Alhamdulilah.”

Aku tidak mempercayai kata-kata Cikgu Rawiyah. Pelajar terbaik di maktab rendah ini? Tidak mungkin. Rasa gembira dan syukur berbunga di lubuk hatiku. Hatiku mengembang gembira bagaikan burung-burung yang terlepas dari sangkar mereka setelah lama terkunci di dalam. Aku tersenyum riang, menampakkan barisan gigi yang putih bak mutiara. Kegembiraan hatiku menujahkan keluar manik-manik jernih dari birai kolam mataku.

Ayah, ibu. Ini hadiahku kepadamu. Pemohonanku untuk memasuki unversiti di New Zealand tercapai akkirnya. Aku akan menyambung pelajaranku dalam bidang sains perubatan di sana.
Malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh kota Wellington di New Zealand. Aku sedang berdiri sambil bersandar di tepi jendela, memandang persekitaran di luar yang sibuk. Kini, aku berumur dua puluh tahun dan aku keseorangan di dalam bilik hotel lima bintang yang terkenal dengan layanan mereka yang amat memuaskan. Angin malam menghembuskan udara yang semakin dingin. Rambutku yang panjang paras bahu terbuai-buai ditiup angin.

Aku menuju ke katilku. Mataku terkelip-kelip memandang sepucuk surat di atas cadar katil itu. Aku pun mengutipnya dengan segera. Surat yang terkejap di tanganku ditenung lama. Hatiku melonjak gembira apabila melihat nama bonda saudaraku terpampang di muka sampul surat. Aku tidak membuang masa lalu mengoyakkan sampul itu. Aku membaca kandungan sehelai surat dalam genggamanku.

Wajahku pucat lesi bagaikan bulan kesiangan. Tidak! Tidak! Ini tidak benar! Makcik Ros mengatakan dalam surat itu bahawa ibuku sudah kembali ke alam baqa. Selain itu, abangku pula dipenjarakan seumur hidup kerana menyeludup dadah ke Singapura secara haram. Tidak mungkin! Aku membisu seribu bahasa. Hatiku hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu. Mutiara jernih mula bergenang di kelopak mata. Impianku untuk meneruskan hidupku dengan hati yang tenang kini hanyut dibawa arus ombak bergelora bersama butiran air mata yang berguguran. Dunia kecerahanku kini seolah-olah diserang ribut taufan yang tiada hentinya.

Ya Allah, aku mohon ampun dan maaf terhadap dosa-dosa yang telah aku lakukan. Lindungilah abangku Lukman dan maafkanlah dosa-dosanya. Ya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, moga Engkau akan maafkan dosa-dosa kedua-dua orang tuaku selama ini dan menempatkan mereka bersama orang-orang
yang beriman. Amin.

Nur Fatin Diyana
Menengah 3E2
Sekolah Menengah Dunearn

Bunga Larangan

Bunga Larangan

Keheningan malam yang bersalutkan bintang-bintang bergemerlapan di langit hitam membuat aku terasa kesepian. Bayu dingin mula berhembusan, menerobos kasar menampar-nampar pipiku. Dengan langkah yang lemah, aku menuju ke arah jendela untuk menutupnya. Aku mendongak dan melihat ke arah langit yang ditaburi biji-biji berlian. Aku teringat kepada kata-katanya, "Jika rindu lihatlah pada bintang-bintang dan bintang-bintang kerinduanku pasti bersinar di balik tabir malam itu.”

Entah mengapa jiwaku dicengkam kerinduan yang amat sangat terhadap si dia yang umpama bintang yang pernah menyinari hidupku. Aku biarkan diriku dibuai lamunan.

Rudin. Dialah insan pertama yang ku cinta. Dialah yang telah berjaya mencuri hatiku di sebuah pertemuan yang tidak disangka-sangka. Dialah yang telah membuatku mabuk kerinduan dan hanyalah wajahnya yang sering terbayang-bayang di ruang ingatanku. Dia jugalah yang telah membuatku lemas dalam lautan cinta dan kasih sayangnya. Namun kini, bunga-bunga cintanya gugur di taman cinta. Tiada lagi mentari yang menyinari hidupku. Rudin telah pergi demi kebahagiaan keluargaku.

Aku telah mengenali Rudin sejak di bangku sekolah lagi. Aku tertarik kepada sifatnya yang rendah diri itu dan sikapnya yang suka membantu. Dia juga seorang yang suka berjenaka dan ini membuatkan diriku tidak berasa bosan setiap kali aku bersamanya. Pada mulanya, aku dan Rudin hanyalah kawan biasa tetapi hubungan kami menjadi lebih akrab setelah Rudin dipermainkan bekas kekasihnya. Pada saat itu, Rudin berasa bahawa dunia seakan-akan telah kiamat dan akulah yang selalu berada di sampingnya untuk menggembirakan hatinya. Kami sering menghabiskan masa bersama membuat kerja sekolah dan juga mengulangkaji pelajaran. Dalam jangka masa inilah, tanpa aku sedari, aku mula menaruh perasaan cinta dan kasih sayang terhadap Rudin. Aku akan berasa amat gelisah dan mataku akan mencari-cari bayang Rudin jika sehari tidak memandangnya di sekolah. Namun demikian, aku tidak pernah meluahkan perasaanku kepada Rudin kerana aku takut aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Pada suatu hari, sedang aku dan Rudin baru selesai berlari-lari anak di taman East Coast, Rudin menarik tanganku dan mengajakku untuk duduk di penahan ombak.

“Rudin,ada apa ni? Ifah sudah penat ni,” aku bertanya kepada Rudin kehairanan.

“Rudin hendak ajak Ifah lihat matahari terbenam. Sambil itu, kita nikmati suasana senja di tepi pantai ya,” Rudin memberitahuku, deru ombak menelan suaranya.

Aku hanya menganggukkan kepalaku. Aku dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang hendak Rudin beritahuku kerana dia tidak pernah berkelakuan demikian tetapi aku tidak pasti apakah yang hendak diberitahunya meskipun beribu persoalan bermain-main di kotak fikiranku. Kedinginan bayu yang berhembus lembut meresap ke tubuhku. Aku menggesel-gesel kedua belah tanganku untuk menghangatkan tubuhku. Rudin yang memperhatikanku mendekatiku.

“Ifah sejuk?” Rudin menanyaku. Sekali lagi, aku hanya menganggukkan kepalaku.

“Ifah, sebenarnya Rudin sudah lama memendam rasa cinta yang amat sangat terhadap Ifah. Rudin rasa Rudin telah jumpa gadis yang ingin Rudin jadikan permaisuri Rudin satu hari nanti. Ifah, sudikah Ifah terima cinta Rudin?” Rudin memandang tepat ke arah wajahku sambil memegang tanganku.

Aku terdiam mendengar Rudin melafazkan kata-kata cintanya. Aku yang dari tadi hanya tertunduk malu sebenarnya diselubungi semacam gembira yang tidak terkata. Barulah aku tahu sekarang bahawa aku tidak bertepuk sebelah tangan selama ini.

“Rudin, bagaimana dalam pun lautan yang terbentang luas ini, dalam lagi cinta Ifah terhadap Rudin. Rudin sayang, Ifah terima cinta suci Rudin ini,” aku mengungkapkan kata-kata cinta kepada Rudin.

Rudin hanya mengukirkan senyuman yang menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Bunga kegembiraan terserlah di wajahnya. Perlahan-lahan, kami pun mengorak langkah meninggalkan pantai itu.Di situlah bermulanya episod cintaku.

Setelah tiga bulan menjalinkan cinta bersama Rudin, aku pun membawanya pulang ke rumah untuk mengenalkannya kepada kedua orang tuaku. Berbagai-bagai persoalan yang mengalir di sungai darahku. Hatiku berdegup dengan kencang sekali.

“Dapatkah ibu dan ayah merestui hubunganku dengan Rudin dan menerimanya?” bisik hati kecilku.

Rudin yang kelihatan gelisah itu tidak banyak berkata-kata sepanjang perjalanan ke rumahku. Ternyata dirinya dicengkam perasaan yang bercampur-baur.

“Sayang, janganlah risau ya. Insya-Allah semuanya lancar,” kataku kepada Rudin dengan harapan dapat mententeramkan jiwanya.

“Assalamualaikum,”aku memberi salam sebaik sahaja tiba di halaman rumah.

“Waalaikumsalam,” ibu menjawab sambil membuka pintu rumah.

Ibu merenung tepat wajahku seperti harimau yang beranak muda. Renungannya kemudian dialihkan kepada Rudin yang sedang menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ibu. Ibu bersalaman dengan Rudin tetapi dahinya dikerutkan. Wajahnya kelihatan agak bengis.

“Ibu, ini Rudin, teman…” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, ibu menyampuk.

“Aku tahu ini teman lelaki kau. Kau dengar sini baik-baik. Ibu tidak akan menerimanya. Kau ni anak sulung, biar ibu jodohkan kau dengan lelaki pilihan ibu. Putuskan hubungan kau dengannya!” jerit ibu sambil menarikku ke dalam rumah.

Kata-kata ibu itu bagaikan sembilu tajam yang menusuk hatiku. Air mata mula mengaburi pandanganku. Aku menoleh ke belakang untuk melihat Rudin yang masih tercegat di pintu rumahku. Manik-manik jernih telah pun deras membasahi pipinya. Hatinya pasti remuk dan terguris dengan kata-kata ibu. Kemudian, ibu menghempas daun pintu rumahku. Aku pun berlari menuju ke bilikku dan menangis teresak-esak. Aku tidak sangka ibu akan bersikap sedemikian. Aku amat terluka sekali dengan sikap ibu. Terlerailah sudah janji setia aku terhadap Rudin. Apakan dayaku percintaanku dan Rudin dihujani halangan dari ibuku.

Sejak hari itu, aku dan Rudin tidak lagi menghubungi satu sama lain. Sejak hari itu jugalah hubunganku bersama keluargaku menjadi renggang kerana aku sering menanyakan kepada ibu mengapa dia menentang hebat hubungan cintaku bersama Rudin. Pada suatu hari, tanpaku sangka, aku menerima sepucuk surat dari Rudin.

Sayang,
Telahku redha dengan kejadian hari itu meskipun kadang-kala kata-kata ibumu masih lagi terngiang-ngiang di telingaku. Masih lagiku ingat saat-saat romantis kita bersama. Sungguh indah mengenangkan mereka tetapi kini, semuanya tinggallah kenangan. Diri ini sering merinduimu sayangnya tiada ubat yang dapat menghilangkan rindu di hati ini.
Sayang,
Saat bersamamu aku cukup bahagia.Ingin sekali aku berada di sampingmu sentiasa. Namun keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Esok tanggal 4 September aku akan pergi membawa diriku jauh dari tanah airku. Aku akan ke Australia untuk melanjutkan pelajaranku. Janganlah kau tangisi pemergianku ini sayang. Kukorbankan cintaku ini demi kebahagiaan keluargamu. Dengan izin Tuhan, kita akan bersua lagi setelah tamat pengajianku.
Salam sayang,
Rudin

Tanpa kusedari, butir-butir mutiara telah membasahi pipiku.Tidakku sangka kejadian itu adalah kali terakhir aku melihat wajahnya yang kacak lagi tampan itu.

“ Terpaksa kau ku tinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan ”

Lagu ‘Bunga Larangan’ nyanyian UG14 yang bermain di corong radio membawaku ke alam nyata. Lagu itu membawa seribu makna kepadaku. Tidakku nafikan, akulah bunga larangan.

Rohayu Bte Abdullah
Menengah 4E3
Sekolah Menengah Dunearn

Iskandar Zulkarnain… Namamu Terukir Di Hatiku

Setiap kali mendengar nama Iskandar Zulkarnain dadaku menjadi sebak dan air mataku mengalir deras bagaikan empangan yang pecah. Terbukalah lembaran memori yang bertinta di hati. Kotak fikiranku melayang kepada seorang insan yang banyak berkorban demi masa depanku. Aku mengenalinya semasa menuntut di maktab rendah. Ketika itu, aku cuma tahu erti keseronokan sahaja. Boleh dikatakan aku merupakan murid yang degil, pemalas dan biadap terhadap guru-guru sehinggakan namaku sentiasa menjadi buah bicara di sekolahku. Ibu bapaku pula tidak menghiraukan langsung tentang diriku. Makan minumku pun mereka tidak pedulikan. Segalanya berubah dengan kehadiran Cikgu Zulkarnain, nama yang tak mungkin luput dari ingatanku.

Pagi itu suasana di kelasku hingar-bingar dengan gelak ketawa murid-murid .Tiba-tiba suara jeritan "DIAM!!!" mematikan keriuhan suasana. Murid-murid tersentak lalu bergegas ke tempat duduk masing-masing. Seorang lelaki yang tampan dan segak tercegat berdiri di depan pintu kelas. Guru itu memandang tepat ke arah kami lalu berjalan ke arah papan hitam lalu menulis nama "Z-U-L-K-A-R-N-A-I-N.

"Nama saya Cikgu Zulkarnain tetapi kamu semua boleh memanggil saya Cikgu Zul. Mulai sekarang, saya akan mengajar kamu mata pelajaran Ilmu Hisab," katanya dengan penuh iltizam.

"Perasan, Cikgu Zul konon…menyampah aku," bisik hati kecilku.

"Roslinda, awak duduk di tempat Andy. Dan awak Andy ambil tempat Roslinda!" Cikgu Zul mengarahkan pertukaran tempat duduk.

Walaupun aku kurang senang dengan pertukaran itu, aku terpaksa akur dengan perintahnya. Kini, sudah seminggu Cikgu Zul mengajar kami. Aku terasa bagaikan bernafas di dalam lumpur. Setiap kali aku mendengar syarahan yang berikan oleh Cikgu Zul, warna kebosanan terpalit di wajahku.

"Kring..Kring!!! loceng sekolah berbunyi menandakan bahawa kelas Cikgu Zul telah tamat. Hatiku melonjak keriangan. Tetapi kegembiraanku ternyata hanya seketika kerana…

"Roslinda, selepas sekolah tamat sila jumpa saya di sini," teriak Cikgu Zul.

"Mengapa Cikgu? Apa salah saya? "tanyaku dengan muka selamba.

"Saya perlu berbincang dengan awak mengenai sikap awak yang tidak menyenangkan hati saya," jawab Cikgu Zul.

"Cikgu, kalau begitu tak payahlah nak jumpa saya, buang masa sahaja," jawab Roslinda sambil menjeling tajam ke arah Cikgu Zul.

"Roslinda, kalau awak gagal menurut arahan saya awak akan dikenakan tindakan disiplin."

"Boleh jalah dah! “jeritku dalam hati lalu beredar pergi.

"Apa dah jadi Ros? "tanya temanku kehairanan.

Aku cuma melontarkan jelingan yang tajam ke arah kawanku. Oleh sebab aku terlalu mengikut perasaan aku tidak pergi berjumpa Cikgu Zul sebagaimana yang diarahkan. Kukira dia akan melupakan perkara itu seperti guru-guru yang lain tetapi rupa-rupanya tidak. Tanpa kuduga Cikgu Zul berkunjung ke rumahku untuk mendapatkan jawapan. Kemunculan Cikgu Zul di rumahku membuat aku tergamam seketika. Pada saat itu mulutku bagaikan terkunci.

"Cik..Cikgu apa Cikgu buat di rumah saya?"

"Awak tak suka kalau saya datang?" dia menjawab.

"Bukan begitu cikgu tapi…tapi!!...”

"Sudahlah tu Roslinda, saya datang ke mari bukan kerana hendak menghukum awak tetapi sekadar untuk menghantar tugasan yang belum kamu selesaikan."

Semenjak hari itu hubungan aku dan guruku semakin akrab. Bukan itu sahaja, prestasi pelajaranku semakin meningkat dan buat pertama kalinya aku lulus dalam semua mata pelajaran. Perhubungan kami menjadi akrab sehinggakan ramai murid-murid dan guru-guru tertanya-tanya tentang kami. Tetapi kami tidak mempedulikannya kerana perhubungan kami hanyalah perhubungan antara pelajar dan guru, tidak lebih dari itu.

Suatu hari sedang aku bersendirian di pantai aku menemui seseorang yang amat aku kenali iaitu Cikgu Zul. Tetapi, mengapakah dia terpekik-pekik seorang diri di tepi pantai. Dia seperti seorang yang sudah hilang akal. Aku mendekatinya seraya menyapanya. Dia terkejut melihatku di situ dan segera memalingkan wajahnya sambil mengesat air matanya.

"Roslinda, apa yang kamu buat di sini ?"

"Saja mengambil angin. Cikgu pula bagaimana?"

Cikgu Zul terdiam seketika sambil merenung tepat ke arah wajahku. Matanya kelihatan merah seolah-olah baru lepas menangis. Akhirnya, dia menceritakan masalahnya kepadaku. Tidak kuduga guru yang kusanjung selama ini menghidapi penyakit leukimia. Aku turut menitiskan air mata mendengarkan penderitaannya. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Lidahku kelu apabika guruku memberitahuku bahawa dia hanya mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup. Cikgu merenungku tanpa berkelip. Di sudut matanya dapat kulihat betapa besarnya harapan cikgu terhadap diriku. Sungguh payah untuk dimengertikan renungannya yang tajam. Aku merenung wajahnya. Sukar bagiku untuk menggambarkan perasaanku ketika itu. Walaupun Cikgu Zul mempunyai penyakit yang kronik dia tetap tabah menghadapi penyakitnya.

Sejak akhir-akhir ini, Cikgu Zul jarang datang ke sekolah. Ketiadaannya mencetuskan kebimbangan di hatiku. Ketika aku menziarahinya di hospital. Naluriku tersentuh melihat keadaan guruku yang menyayat hati.

"Cikgu, Ros ingin minta maaf atas semua kesalahan Ros yang lalu. Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar cikgu selama ini. Tanpa cikgu, Ros tidak akan berjaya menjejakkan kaki ke menara gading," kataku dengan suara tersekat-sekat. Mendengarkan kata-kataku, butir-butir mutiara gugur di pipinya.

Tiba-tiba dia berkata, "Roslinda kamu adalah seorang murid yang baik. Cikgu percaya suatu hari nanti kau akan berjaya dan menjadi orang yang disanjungi masyarakat."

Sejurus kemudian Cikgu Zulkarnain pergi menyahut seruan Illahi. Hatiku merintih kesedihan. Insan yang aku sayangi telah pergi meninggalkanku buat selama-lamanya. Aku terkilan kerana tidak sempat meluahkan perasaanku. Dengan pandangan berbalam, aku memanjatkan doa dan menitipkan Al-Fateha buat Cikgu Zulkarnain. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di syurga yang abadi.

Farah Bte Ani
Menengah 4N4
Sekolah Menengah Dunearn

Cinta Yang Tidak Kesampaian

Cinta Yang Tidak Kesampaian

Setapak demi setapak aku melangkah. Perlahan- lahan di temani laut yang bergelombang dan yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Hatiku di landa kesepian. Aku rindukan belaiaan si dia, tawa serta guraunya namun, yang pergi tak akan kembali. Tanpa kusedari mutiara jernih menitis satu persatu. Aku mengimbas kembali kemasa silamku.
Aku di temukan seminggu selepas aku menjejakkan kaki di maktab rendah. Waktu itu aku dan rakan-rakan sedang menuju ke perpustakaan. Sedang leka bergurau senda, aku terjatuh akibat langgaran yang amat kuat. Di’’buta ke’’?teriakku dengan lantang. ‘’maaf saya tidak sengaja’’balasanya dengan nada kesan.
Aku menoleh lalu memperhatikannya dari hujung kaki ke hjung rambut. Tertera namanya di tangan kanannya yang di coret menggunakan pena. Anwar,bisik hatiku kecilku. Kami bertentangan mta. Rupanya yang kacak lagi tampan itu menjadi tumpuan mata nakalku. Tanganya di hulurkan tanda memberi bantuan, dengan teragak-agak aku menyambutnya, lalu beredar meninggalkannya sebelum dia dapat mengatakan apa-apa. Sudah begitu lama rasanya muka ini merah menahan malu akibat terjatuh tadi.kali kedua bertemu ialah di kantin, perlahan-lahan dia menghampiriku. Entah mengapa dadaku berdegap degap dengan laju. Lututku menjadi lemah, hampir-hampir jatuh kelantai. Renunganya membuet aku resah tetapi aku cuba berlagak selamba. Perutku kecut menahan gementar apabila dia berkata-kata. Sebelum ara beredar,sempat dia meminta nombor telefon bimbitku. Bunga-bunga kegembiraan mekar di dadaku.
Hubungan aku dan anwar semakin rapat dari hari kehari, kami di ibaratkan isi dengan kuku. Tidak boleh berpisah. Kesana kemari pasti berdua, hidup yang kosong dan kesepian ini menjadi sangat ceria dan kekeringan setiap kali bersamanya. Waktu dirasakan berlalu dengan pantas sekali, hubungan dan muar sudah mencerah setahun lebih lamanya.
Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku tidak menyangka anwar akan meminta untuk putuskan hubungan ini setelah lama kita bersama. Aku tidak dapat menerima untuk putuskan hubungan ini setelah lama kita bersama.aku tidak dapat menerima keputusanya. Waktu bengkak akibat tangisan. Hatiku menjadi lebih sakit seakan-akan dihiris pisau yang tajam apabila melihatnya. Berdua bersama seorang wanita di pusat membeli belah. Hatiku bercerai remuk kehidupanku yang penuh dengan sinar kegembiraan habis pudar. Duniaku terasa gelap namun apakah daya aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali mengalirkan mutiara jernih.
Hidup ini di teruskan tetapi terasa lambat benar masa berjalan.sikapku yang ceria peramah hilang serta merta. Aku menjadi seorang pendiam ibaratkan batu atau patang. Aku melangkah longlai keluar dari perpustakaan. Aku digegarkan denganberita yang amat tidak disangka-sangka, anwar sakit tenat, debaran di hati ini hanya alloh sahaja yang tahu, ya allah tolong selamatkan dan lindunganya bisik hati kecil hati ini.
Tidak dapat kutahan air mata yang lama bertakung di kelopak mata ini. Akhirnya, tumpahnya kesemuanya. Hatiku berasa sayu melihat Anuar terbaring di situ tidak dapat berbuat apa-apa. Badannya amat kurus dan mukanya amat cengkung. Semua ahli keluarga amat kurus dan mukanya amat cengkong, semua ahli keluarganya sedia menemaninya diberai katil. Aku memeluknya sambil menangis teresak-esak tidak ku pedulikan keluarganya yang melihat aku berkelakuan sebeitu. Anwar tidak dapat melafaskan sebarang kata nafasnya mula turun naik dengan cepat. Setelah mengajarnya dua kalimah syahadah, dia pergi menemui allah yang maha esa. Ternyata allah lebih menyanyanginya.
Aku menerima sepucuk surat yang telah ditulis oleh arwah anwar pada hari kematianya. Dengan hati yang berat, aku membuka suratnya dengan perlahan hanya tangisanku yang kedengaran dibilik yang sepi itu.
‘’fira’’
dengan terlayangnya surat ini betapa aku arat erinduimu anwar meminta maaf kerana terpakasa berbohong kepadamu tantang penyakitku ini bukan niatku membuat kau terluka, tapi apakan dayaku. Percayalah, kau tetap ratu di hatiku.
‘’fira’’
mungkin disaat fira membaca surat ini, anwar sudah menyahut seruan ilahi. Jika benar, jadikanlah surat ini sebagai nasehat untukmu meneruskan hidup ini. Taburi pusara anwar dengan bunga-bunga sebagai tanda cinatanya fira terhadap anwar. Fira carilah pengganti diri anwar, anwar senantiasa menyayangi fira.
Yang benar anwar’’
Dentuman guruh membuat aku kembali kea lam realiti. Pedih dan sedih dihati ini masih belum dibaiki. Anwar akan ku ingati seumur hidupku. Aku mula mengorak langkah untuk pulang bersama hati yang lara.

Hazirah Sazalee
Menengah 3E5
Sekolah Menengah Dunearn

Izhar...Kaulah Segalanya...

Izhar….kaulah Segalanya
Awan Mendung telah berarak pergi.Kini yang tinggal hanyalah kenangan. Seorang insan yang telah berjaya mencuri hatiku. Dialah yang telah membawa sinaran di dalam hidupku.”Ya Allah. Ya Tuhanku, Cucurilah rahmat ke atas rohnya dan dikau tempatkan dia bersama-sama orang-orang yang berbahagia,di syurga yang abadi.Berilah keamanan padanya di dalam kuburnya itu.Amin,amin,amin, ya rabbil a’lamin.”Hari demi hari aku digigit kesepian yang amat menyeksakan sejak ditinggalkan kekasihku yang telah pergi buat selama-lamamnya.
Insan yang pernah menjadi kekasihku ialah Izhat. Dialah yang membuatku mabuk kerinduan dan hanyalah wajahnya yang sering terbayang-bayang di ruang ingatanku. Dia juga menyinari hidupku umpama bintang yang pernah menyinari hidupku.Rinduku terhadap Izhar diibaratkan seluas 7 lautan. Tiada seorang insan yang mungkin dapat mengganti di dalam ruang hatiku ini.
Aku mengenali Izhar sejak aku menuntut di ‘Temasek Politechnik’.Ketika itu aku berusia 19 Tahun dan dia berumur 21 Tahun. Aku adalah gadis yang tidak percaya pada cinta setelah dilukakan oleh bekas teman lelakiku. Hatiku menjadi tawar untuk bercinta dan memerima cinta lagi.
Pada saat itu, hatiku pilu kerana dipermainkan oleh bekas teman lelakiku dan aku berasa bahawa dunia seakan-akan telah kiamat.Namun,’Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui’ hambanya.
Suatu Masa, Izhar cuba berkenalan denganku, “Hai! Saya Izhar.” Aku hanya membalas dengan secebis senyuman.”Boleh saya berkenalan dengan kamu?” aku hanya membisu. Namun, Izhar bersikap tenang. Sebelum sempat aku hendak memberi jawapan, aku dipanggil oleh kawanku untuk menghadiri kelas. Aku memberi senyuman kepada Izhar lalu berjalan.
Hari demi hari Izhar cuba sedaya upaya untuk berkenalan denganku.Dia tidak putus asa dan bersifat sabar untuk menunggu reaksiku.Aku tertarik dengan sifat Izhar yang penyabar. Akhirnya aku bersetuju untuk berkenalan dengannya.Mulanya, aku dan Izhar hanya kawan biasa. Semakin hari kami makin akrab dan aku tidak pernah rasa jemu setiap kali bersama Izhar. Kami banyak menghabiskan masa bersama membuat kerja sekolah dan juga meluangkan masa lapang bersama.Tidakku sedari, aku mula menaruh perasaan cinta dan kasih saying terhadap Izhar. Namun demikian, aku tidak memberitahu Izhar tentang perasaanku kerana takut aku hanya bertepuk sebelah tangan.
Setelah berkenalan dengan Izhar, dia mengajakku keluar bersamanya.
“Yana, esok kalau Yana tidak sibuk,Izhar nak ajak Yana keluar?”Tanya Izhar.
“Hmm,esok hari Sabtu nampak-nampaknya Yana tak sibuk,kenapa Izhar tanya?” jawabku dengan kecurigaan.
“Kalau boleh,Izhar nak ajak Yana duduk di penahan ombak di pantai East Coast.”
“Boleh juga,esok Yana jumpa Izhar disana pukul 4 petang,ok?” Izhar setuju dengan pertemuan kami.
Keesokan hari, aku dan Izhar duduk di penahan ombak dan menyaksikan matahari terbenam dan kita juga menikmati senja di tepi pantai.
“Yana, Izhar ada sesuatu untuk memberitahu Yana.” Kata Izhar dengan nada yang agak segan.
“ Apa nya, Izhar? Cakap sajalah.” Jawabku yang ingin tahu hasrat Izhar
“ Yana, sebenarnya sudah lama Izhar memendam rasa cinta Izhar pada
Yana dan Izhar ingin sekali Yana menjadi permata hati Izhar.
Sudikah Yana menerima cinta ikhlas Izhar?”
Aku membisu umpama mulutku terkunci untuk berkata. Aku tertunduk malu namun dihatiku terlonjak kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Aku memandang terus ke mata Izhar yang dapat melihat yang dia ikhlas ke atas cintanya pada ku dan lalu berkat,
Izhar, Yana tidak dapat berkata apa-apa tetapi…...kamu adalah kunci untuk hatiku.” Aku mengungkapkan kata-kata cintaku pada Izhar.
Izhar mengukirkan senyuman dan kegembiraan terserlah di wajahnya.
Lalu, kami mengorak perlahan dan menuju pulang ke rumah. Di saat itu, mulanya epilog cintaku dengan Izhar.
Setelah enam bulan menjalinkan cinta bersama Izhar, kita semakin akrab bersama. Aku berasa sungguh gembira dan bertuah memiliki Izhar sebagai teman lelakiku.Dia adalah jejaka idamanku. Aku tidak mahu berpisah dengannya. Walaupun dugaan dating tanpa mengundang, kami dapat mengatasi dengan cara matang dan tenang. Ini membuat hubungan cinta kami lebih kuat dan rapat.
Hari lahirku tidak lama lagi. Aku akan menyambut hari lahirku yang ke- 20 di restoran kegemaran ku dan Izhar. Restoran itu ialah ‘Swensens.’
.Aku menunggu Izhar di restoran ‘Swensens’ untuk makan malam bersama. Jam tanganku menunjukkan tepat pukul 8.40 minit,tetapi Izhar belum sampai di tempat perjanjian kita. Hatiku mulai gelisah dan fikiranku berkecamuk. Izhar tidak pernah lewat seperti ini.Berbagai-bagai soalan bermain di kotak fikiranku..Aku yakin bahawa Izhar tidak mungkin lupa pertemuan kita.Perasaan marahku menjadi-jadi apabila aku gagal untuk menelefon dia kerana telefon bimbitnya dimatikan. Aku keluar meninggalkan restoran tersebut.
Tiba-tiba,telefon bimbitku berdering, aku tidak sempat melihat skrin di telefon bimbitku untuk melihat panggilan itu dari siapa.Aku terus menjawab panggilan itu,suara seorang pemuda bertanya,
”Hello, adakah kamu Elyana?”.Aku menjawab dengan hairan kerana aku tidak tahu siapa panggilan tersebut
“Ya,saya Elyana, Siapa itu?” Lalu pemuda itu berkata,
“Saya membuat panggilan dari balai polis, saya berharap agar kamu bertenang dan bersabar atas apa yang saya hendak memberitahu Puan Elyana.” Hatiku berdebar-debar. Aku masih menanti apa yang hendak diberitahu oleh polis itu,
“Izhar telah ditimpa kemalangan yang teruk tadi pada pukul 8.00 malam.Dia dilanggar oleh sebuah kereta dan sekarang menuju pantas ke hospital..

Hatiku hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat ke batu.Aku bergegas ke hospital. Ketibaan di hospital, terdapat anggota keluarga Izhar di luar bilik kecemasan.Butiran mutiara yang mengolami kelopak mataku mengalir deras tidak berhenti-henti membasahi pipiku bagai empangan pecah.Sebak dan pilu hatiku ibarat dicucuk sembilu. Aku berdoa sepanjang agar Izhar dapat diselamatkan,
Setelah lima jam menunggu di luar bilik kecemasan, doktor keluar dengan wajah yanh yang hilang harapan. Izhar tidak dapat diselamatkan kerana kekurangan darah dah kepalanyanya cedera parah.Izhar telah pergi buat selama-lamanya.Aku tidak dapat menerima kenyataan itu.Impianku untuk meneruskan hidupku dengan tenang kini hanyut dibawa arus ombak bergelora bersama butiran air mata yang berguguran.Dunia kecerahanku kini seolah-olah diserang ribut taufan yang tiada hentinya.Dengan tidak berlengah, aku masuk ke wad Izhar untuk melihatnya pada kali terakhir.Mayat Izhar diselimutkan.Aku tidak mampu berkata. Aku ternampak sebuah kotak kecil dan sekeping kad di sebelahnya, lalu aku mengoyakkan mulut sampul kad nya lalu membacanya:

Elyana,permaisuriku,

Selamat Hari Lahir Yang ke 20! Izhar berdoa agar Yana dipanjangkan umur dan bahagia di samping keluarga dan yang tersayang.Izhar juga berharap yang hubungan cinta kami kekal hingga ke akhir hayat.Izhar sungguh bertuah memilik seorang gadis yang bernama Elyana. Sebagai, hadiah hari lahir Yana, terimalah sebentuk cincin dari Izhar khas untuk Yana tersayang..

Yang Sentiasa Menyayangimu
Izhar

Air mataku mengalir dengan lebih deras setelah membaca kad itu. Aku membuka kotak kecil itu dan lalu menyarungkan cincin pemberian Izhar di jari manisku.Jenazah Izhar dibawa pulang untuk dimandikan sebelum dibawa ke Pusara Aman.Hatiku bagaikan dirobek-robek oleh pisau yang tajam. Akhirnya, aku sedar bahawa Tuhan menyayangi dia lebih dari aku menyayangi dia.
Tiba-tiba aku sedari dari khayalanku yang penuh keindahan apabila tiba masa jenazah itu harus di bawa ke Pusara Aman untuk diabadikan.Dengan perlahan-lahan jenazah itu diusung dengan diiringi oleh sekalung doa dan ayat-ayat Allah yang suci.Hanya kedua mataku yang mengiringi pemergiannya. Air mataku mula mengalir tanpa disedari lantaran aku berdoa ke hadrat Allah S.W.T dengan penuh harapan agar doaku diperkenankan.
“Ya Allah,ampunilah dosa Allahyarham Izhar.Cucurilah rahmat ke atas rohnya.Berilah keamanan padanya di dalam kuburnya itu.Himpunkanlah Izhar bersama orang-orang yang soleh. Amin,amin.ya,rabbil a’lamin”.
Izhar, walaupun kau tiada lagi di alam maya ini, namun jasamu akan kukenangkan dan kuabadikan. Pusaramu akan menjadi tempat penghilang rindu. Semoga kau akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Haryani Bte Sanee
Menengah 5N2
Sekolah Menengah Dunearn

Kau Kekasihku Kau Sahabatku

Kau Kekasihku...Kau sahabatku...

Matahari semakin menghilang di ufuk barat. Malam telah melampaui garisnya, Dinihari mula menjelma lalu menyerkap seluruh angkasa dalam selimut hitamnya. Butir-butir bintang yang menghiasi dada malam mengerdip cantik. Angin malam bertiup berkali-kali menempiaskan kedinginan, menjatuhkan daun-daun kering dari pohon-pohon sepanjang jalan taman ini. Keheningan malam menenangkan fikiran dan mendamaikan perasaan. Maka terbukalah tinta memori lalu kenangan manis, pahit, suka dan duka bermain dalam kotak fikiranku.
Diyanah...Farid... dua insan akan aku ingat sepanjang hayat. Sudah enam bulan aku bercinta bersama Diyanah dan empat tahun aku kenal Farid sebagai rakan baikku.Tidak kusangkah=... Tidak mungkin... Aku tidak mahu percayakan tetapi di dalam hati, aku tahu semua yang berlaku ialah realiti.Terpaksa aku menelan sisa pahit cinta.
Bintik-bintik peluh bercambah di sana sini di tubuhku disebabkan kepanasan. Akhirnya lonceng sudah berbunyi menunjukkan akhir sekolah. Aku terus mencari Diyanah di kantin kerana sudah aku berjanji makan bersamanya.Apabila aku sampai, aku ternampak dia bersama Farid. Wajah Diyanah sentiasa mengorak senyuman dan tersinar cerah dengan pancaran mentari kehidupan dari bebola mata yang coklat ceria. Pipinya selicin pauh dilayang dan bibirnya semerah delima merekah. Apabila dia ternampakku, senyumannya semakin lebar dan merah lalu melambai-lambai padaku. Hatiku berlonjak keriangan, tetapi apabila aku tiba Farid mengatakan bahawa dia mahu pulang dahulu. Aku pun meletakkan beg dan membeli makanan.

Keesokkan hari, aku jumpa Diyanah di kantin untuk makan bersamanya. Aku tolong jagakan begnya apabila dia membeli makanan. Aku membuka begnya untuk meminjam pena tetapi aku ternampak dua pucuk surat yang di tulis dengan cantik. Aku kenal tulisan ini, tetapi tidak ku sangkah kandungannya. Surat yang di tanganku ditenung lama, dalam genggaman ku. Dua helai kertas surat remuk, seremuk hatiku. Mataku terpaku kepada ayat yang berbunyi.

Diyanah,

Saat aku menulis warkah ini buatmu, hatiku penuh dengan cinta terhadapmu. Aku ingin meminta maaf dahulu jika kedatangan warkah ini mengganggu ketenteramanmu dan jika kata-kata ini mengusik emosi dan perasaanmu. Kehadiranmu bagaikan pelita yang menerangi hidupku yang dahulu gelap-gelita. hatiku berasa gelisah apabila aku tidak mendengar suaramu yang merdu dan jiwaku terseksa apabila kau berada jauh dari pandanganku.

Entah mengapa, dengan secara tiba-tiba bunga-bunga cinta mula berkembang di teratak hatiku semenjak kau bersama Dia. Aku berasa salah terhadap Zai kerana perasaan aku padamu dan juga kerana kami telah lama berkawan. Harap-harap dia akan memaafkan kita, jika tidak...

Diyanah,

Terciptanya warkah ini ketika malam sunyi sepi. Ketika aku terjaga dari mimpi yang indah warnanya, perasaanku bergelora. Perasaanku bukan sekadar fantasi. Biarkan serpihan rembulan bergugur ke ribaku, biarkan aku merintih kehausan dan kering kegersangan namun kaca yang bersadur keemasan akan terus jua kucari walaupun di hujung dunia. Andainya di situ ada ruang, bolehkah kiranya aku menumpang? Sayang, berikanlah aku kesempatan untuk kubuktikan erti kejujuran dan keikhlasan?

Yang menyintai,
Farid.

Kata-kata daripada surat itu memukul-mukul gegendang telingaku. Api berang mula menular ke dalam hatiku, semakin panas darahku. Wajah serius kutatap dengan percikan peluh dingin.Terus aku berlari untuk berjumpa dengan Farid di bilik darjahnya. Aku nampak Diyanah bersama lelaki itu. Terlepas kemarahan yang tidak terhitung, melahirlah apa yang terbuku di jiwaku.

"Eh, jantan sial!" Aku menyergah dengan nada yang keras.

"Zai... kenapa dengan kau?"Sahut Farid dengan nada terkejut.

"Berani kau merompak Diyanah daripadaku! Kami sudah berkawan empat tahun, sanggup kau buat begini."Suaraku semakin tinggi.

"Zai..."Katanya dengan nada resah.

Tanpa memikir, aku membelasah Farid hingga hidungnya berdarah. Kemarahanku redah sedikit tetapi tidak cukup untuk memuaskanku. Sekali lagi aku menggangkat jariku yang bergenggaman dan...

"Jangan! Sudahlah Zai, aku cintakan Farid. KIta putuskan sahaja hubungan kita, kau pergilah sekarang." Diyanah memekik.

Ucapan itu menerjah gegendang telingaku, aku berasa amat berat untuk menerima keputusan itu. Percintaan kita selama ini seperti diperbudak-budakkan,
tetapi aku tidak mahu memanjangkan bicara ini. Aku pulang ke rumah dengan rasa bersalah kian menebal. Seluruh tubuhku berasa lemah. Keputusannya bukan sahaja mengguris hatiku, ia menghancurkan hatiku bagai dihentak batu. Namun, setitik air mata pun tidak menitis daripada kolam mataku.

Aku duduk termenung didalam kamarku, duniaku sepi seperti tiada penghuni. Terdengar lagu 'Menghitung Hari' yang didendang oleh Kris Dayanti berkumandang di corong radio.

"Biar saja cintamu pergi
Biar saja pada semua
Biar semua tahu adanya
Diriku kini sendiri..."

Tujahan cahaya matahari pagi menampar dada bilik. Aku terdengar sesuatu suara lelaki yang ku kenal datang dari tingkap bilikku.


"Assalammualaikum, Zai kau ada di dalam? boleh kita bercakap?" aku dengar farid memanggilku.

"Sudalah Farid... kau pergi dari sini sahaja..."Kata ku dengan kuat.

"Aku hanya mahu minta maaf... baiklah aku akan pergi..."Jawabnya.

Selepas dia pergi, aku tanya diriku, adakah apa yang aku melakukan betul? Tetapi fikiranku terganggu dengan sesuatu bunyi yang kuat dari bawah. Aku keluar daripada rumahku dan menjengguk je bawah. Aku tidak percaya mataku, pernafasanku terhenti sekejap. Di bawah, badan Farid terlentang merah dengan darah sebagai warna kereta disebelahnya. Aku terus berlari ke bawah berasa cemas sambil menelefon ambulan.

Pernafasan Farid semakin sesak, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, dia meminta maaf lalu kembali ke rahmatullah dan menyahut seruan Illahi. Aku meraung kesedihan dan merangkul tubuh rakan baikku. Pemergiannya diiringi dengan air mata dan sekalung doa. Aku rasa bahawa ini semua ialah kesalahan aku, tidak dapat aku minta maaf daripadanya. Inilah pemergian seorang sahabat.

Enam bulan kemudian, aku terjumpa Diyanah di kubur Farid.

"Zai... aku sedar kesalahanku... adakah peluang kami bersama lagi?"Rayu Diyanah.

Aku tidak sampai hati untuk menyahut hanya aku mampu bermonolog bersendirian.

Kekasihku,
kata-katamu berdenggung di dalam telingaku.
"Ingat kita akan bersama hingga akhir hayat..."
Lupakah kamu?
Di mana janji-janji mu yang manis sayang?

Teringatku cinta kita yang pernah berbunga,
bagai sekuntum ros merah.
Tetapi sayang...
Kini ros merah sudah layu
Seperti asmara kita yang sudah gugur.

Perhubungan ini tidak akan berbunga lagi
Walaupun Sang Suria memancarkan sinarannya
ataupun beribu tangisan daripada tujuh langit biru...
Ingatkah kata-katamu yang manis...Sayang?

Danial Irsyaduddin
Menengah 3E2
Sekolah Menengah Dunearn

Cinta Yang Tidak Terbalas

Cinta Yang Tidak Terbalas

Aku duduk seorang diri di tepi pantai yang indah. Air laut yang bergelora bagaikan menukas. Angin semilir menyapa lembut pipiku. Warna senja mulai memamah suasana yang sunyi sepi. Bayang-bayang kesedihan menusuk tajam ke lubuk sukmaku. Pertanyaan demi pertanyaan sering menjentik hati dan perasaanku bagaikan seribu-satu mimpi yang tidak boleh lagi ditafsir.
Tidak kusangka, dia berpaling tadah setelah lama menjalinkan hubungan cinta. Kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain-main di dalam kotak fikiranku. Tiba-tiba lagu ‘Sonata Musim Salju’ nyanyian Hazami terngiang-ngiang dalam fikiranku.

“Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang, usah kau berpaling
Di sini, pasrah menanti…”

Tanpa kusedari, mataku sudah berkaca. Aku cuba menahan air mataku tetapi mataku bertambah kelam. Hanya tangisan yang boleh memberi nikmat kepuasan batin. Gadis yang kucintai telah lesap dari genggamanku. Gadis yang kumaksudkan itu bernama Amirah atau nama timangannya Mira. Kami telah berkenalan semenjak di bangku persekolahan lagi. Ketika itu Mira selalu memintaku mengajarnya mata pelajaran Matematik.
Semenjak itu, aku mula jatuh hati kepada Mira. Raut wajahnya secantik bintang filem dilayar perak. Bibirnya semerah delima merekah. Sinaran matanya terasa lembut dan mendamaikan. Bagiku, kecantikannya bagaikan Nurul-Aini yang sentiasa menunggu di pintu syurga. Semenjak itu cinta mula berputik antara kita.
Kuntum kegembiraan yang dahulunya mengembang di hatiku, kini menjadi layu. Kini hanya meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu. Impianku hendak menjadikan Mira sebagai permaisuriku kini melayang-layang. Aku masih teringat ketika keluargaku pergi ke rumah Mira untuk masuk meminang. Dengan harapan menggunung tinggi ibuku memulakan upacara peminangan intu dengan sekerat pantun.

“Pokok kerini jangan dipanjat,
Kalau dipanjat patah dahannya
Datang kami datang berhajat
Bunga di taman siapa empunya”


Pantun ibuku disambut dengan reaksi yang dingin. Ibu dan bapa Mira tidak membalas pantun ibuku. Ketika itu relung dadaku bagaikan terbakar. Mereka menolak mentah-mentah pinangan keluargaku atas alasan darjat kami berbeza. Mira datang dari keluarga yang kaya dan berada sedangkan kehidupan keluargaku hanya cukup makan dan minum.
“Tak sedar diri! Keluarga kau tidak setaraf keluarga kami! Kami tidak boleh menerima menantu yang hanya menghabiskan duit anak aku! ,” jerit ibunya dengan penuh sinis.
Merah telingaku mendengar cercaan keluarganya. Mira hanya tunduk menangis tidak berani melawan. Keluargaku hanya menundukkan kepala ddengan perasaan malu. Hari itu hari yang terakhir aku berjumpa dengan Mira. Kata-kata ibunya itu menamatkan perhubungan aku dan Mira yang dahulunya kami anggap teguh bagaikan ‘tembok besar Cina’. Rakan-rakanku memberitahu bahawa keluarga Mira telah bermastautin ke UK. Hatiku yang pejal menjadi cair umpama ais yang diletakkan di bawah terik matahari setelah dipisahkan dari Mira. Aku lalu menenung sepucuk warkah yang terkejap di tanganku.
Mira,
Dengan terlayangnya warkah ini ke pangkuanmu, kuluahkan perasaan di hati yang kian lama terpendam. Maafkanku jika kehadiran warkah ini mengganggu ketenteramanmu. Kehadiranmu telah menerangi hidupku yang dahulunya gelap-gelita tetapi pemergianmu membuat hatiku ditimbuni kesedihan.

Mira,
Masa depanku kini menjadi gelap. Aku harap putik-putik kemesraan yang kita alami dahulu akan dapat menebarkan keharuman kasih saying yang mampu melembutkan hatiku yang luka

Kini aku tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hidupku yang sepi ini. Hanya yang mengerti sajalah yang dapat meneroka betapa hancurnya hatiku ini. Walaubagaimanapun aku harus menguatkan azamku untuk meneruskan sisa-sisa hidupku.

Yang menyintai,
Qhasmeer

Warkah itu seharusnya ditujukan kepada Mira tetapi aku tidak terdaya untuk memberinya. Hanya tinggal warkah ini untuk dijadikan kenangan. Kini, saat demi saat menerbitkan detik-detik yang menusuk tajam ke lubuk sukmaku. Aku tersentak lalu kembali ke alam realiti. Matahari semakin menghilang di ufuk barat. Sebentar lagi malam akan bertakhta. Sambil aku meninggalkan pantai yang sepi ini, hatiku bermonolog sendirian…

Kasihku, usah dikau pergi
Kau tinggalkan diriku sendirian
Kemana harus kucari ganti
Senyuman yang semanismu

Kini kau tiada lagi disisiku
Ku kehilangan tempat bermanja
Kau pergi tanpa kerelaan
Hatiku hampa dan kecewa

Hanya kenangan terukir didada
Bersamadi dalam sanubariku
Jiwa membawa memendam rasa
Tersemai seribu pengertian hidupku

Md Qhasmeer B Jamil
Menengah 3E5
Sekolah Menengah Dunearn

Bayangan Silam

Bayangan Silam

Hari telah akan berlalu dengan munculnya bulan purnama yang terang. Jam di dinding menunjukkan pukul 09:00 malam. Cuma tinggal beberapa jam lagi aku akan berangkat ke Indonesia, meninggalkan tempat yang penuh duka ini. Aku duduk seorang diri di bilik kamarku, dengan fikiran yang melayang-layang menuju dalam persekolahanku sewaktu di sekolah menengah.

Aku di hantar oleh ayahku pergi bersekolah di Sinagapura sewaktu aku berumur tiga belas tahun. Ibu dan ayahku sudah berpisah sewaktu aku masih kecil. Setelah dewasa, ayah tidak pernah mahu menceritakan tentang ibu kepada aku. Yang hanya aku tahu, ibu meninggalkan ayah pada saat ibu sedang hamil. Aku tidak tahu masalah tentang ibuku hingga aku bersekolah di Singapura baru aku mendapat tahu berita tentang ibuku.

Setelah beberapa tahun di Singapura, aku sekarang telah menduduki kelas menengah empat. Di sekolah, aku menjadi pelajar yang bertanggung jawab mengurusi murid-murid menengah satu yang baru bergabung ke sekolahku. Oleh itu, aku dapat mengenal hamper semua pelajar menengah satu di sekolahku. Pada waktu rehat di sekolah, aku dan kawan-kawanku berkumpul bersama dan berbincang-bincang tentang pelajar menengah satu. Sewaktu itu, kami melihat seorang pelajar perempuan tengah duduk seorang diri menulis sesuatu di kertasnya. Dia terlihat seperti sedang memerlukan bantuan. Salah seorang kawanku yang bernama John tiba-tiba berkata.

“Eh, kalian lihat tuh pelajar menengah satu it, cantik tak menurut kalian?”

“Hmm, boleh lah. Kenapa? Apa yang tengah kau fikirkan sekarang?”, tanyaku dengan hairan dan rasa ingin tahu.

Ternyata kawanku yang bernama John itu tertarik dengan perempuan itu dan ingin berkenalan dan berteman dengannya.

“Kau tak mungkin berani lah John. Kau orang pemalu lagi. Tak mungkin lah!”, seru kawanku yang satunya lagi.

John sangat tidak terima dengan perkataan kawanku itu tadi. Dia merasa malu dan marah, tetapi dia juga tahu bahawa dirinya pemalu. Lalu, dia tiba-tiba mempunyai fikiran dan ide yang gila dan berkata kepada kami semua.

“OK! Bagaimana kalau kita bertaruh! Siapa yang dapat berkenalan dan mendekati perempuan itu akan dapat hadiah berupa wang!”

Semua teman-temanku pada tertarik. Tetapi, tidak ada yang mahu memberanikan diri untuk mencoba mendekati perempuan itu. John, yang kesabarannya telah habis, berdiri dan menyuruhku untuk mendekati perempuan itu. Aku merasa sedikit terlalu keji melakukan perbuatan ini, tetapi tidak tahu ada iblis jahat yang berbisik-bisik di telingaku untuk menerima tantangan John. Akhirnya, aku memberanikan diri mendekati pelajar perempuan itu dan bertanya.

“Hi, tengah buat apa awak? Sepertinya kelihatan sangat serius. Apa awak perlu bantuanku?”

Pada saat itulah, aku mengenal wanita ini yang bernama Sheila. Dia mempunyai masalah kewangan dan dia mahu meminta bantuan daripada pengetua sekolah. Aku membantunya dengan menulis masalahnya di kertas. Setelah selesai membantunya aku balik menjumpai kawan-kawanku yang tadi. Mereka memuji atas keberanianku. Tetapi, John merasa taruhan ini tidak menarik dan dia menambah taruhannya. Dia berkata bahawa jika aku dapat merebut hati perempuan itu dan menjadikannya milikku, taruhan wangnya akan menjadi dua kali lipat. Aku sangat terkejut mendengar ini dan kawanku yang lain juga setuju. Mereka berkata bahawa tidak akan memberikan wang sama sekali kepadaku jika aku menolak dan akan menganggap aku sebagai seorang yang penakut. Dengan terpaksa, aku menerima tantangannya.

Setelah beberapa hari, aku berhasil mendapati hatinya dalam waktu kurang dari seminggu. Hubungan kami sangat akrab. Aku tidak tahu mengapa aku merasa sangat bahagia jika berada di dekatnya. Sheila juga merasa bahagia kerana ada aku yang terus membantunya. Sheila menceritakan banyak hal tentang dirinya dan keluarganya. Ayahnya ialah bukan ayah kandungnya dan bekerja sebagai buruh kandungan. Ayahnya ialah seorang yang pemabuk dan sering membantai ibunya jika ia mabuk. Ibunya ialah ibu kandung yang baik. Ibunya berkata bahawa ayah kandung Sheila telah meninggal.

Aku sangat merasa sedih tentang kehidupannya. Niat burukku yang ingin membuatnya sebagai barang taruhan hilang. Aku merasa ingin menjadi lelaki yang dapat melindunginya setiap saat.

Pada suatu hari, kawanku yang bernama John mengajak aku dan Sheila pergi ke kelab malam. Dia ingin aku membuktikannya bahawa aku benar-benar berpacaran dengan Sheila. Aku dan Sheila meyetujui ajakan John. Setelah tiba di kelab malam itu, aku bergandengan tangan dengan Sheila untuk membuktikan john. John dan kawan-kawanku yang lain akhrinya percaya setelah melihatnya. Sewaktu itu, Sheila pergi ke tandas dan John memujiku dan memberikan selamat atas keberhasilanku.

John berkata bahawa aku memang berani dan menyerahkan wang taruhan kepadaku sejumlah $100. Aku menerimanya dengan perasaan kecewa. Aku berasa bahawa diriku sangatlah kecil dan kejam. Tanpa disedari, Sheila telah lama berdiri di belakang kita dan mendengar semua percakapan kami. Dengan air mata yang mengalir di pipinya, dia berlari keluar dari kelab malam itu. Aku berasa bersalah dan langsung mengejarnya keluar. Aku berhasil menangkap lengan kanannya dan membuat dia berhenti berlari. Lalu, dengan wajah yang sangat kecewa bercampur dengan marah, Sheila mengayunkan telapak tangannya ke arah pipi kananku. Dia lalu berlari dari aku, menjauh sehingga bayangannya menghilang dari pandanganku.

Sudah sebulan lamanya kejadian ini berlalu. Sudah sebulan juga aku tidak melihat dia sama sekali di sekolah. Aku berusaha mencari di rumahnya, tetapi tidak ada jawapan di rumahnya. Aku telah menunggu, berharap agar Sheila kembali ke sekolah, tetapi gagal. Akhirnya, aku mencoba untuk melupakannya.

“Hello? Ini Kim kah? Ini ayah, Kim.”, suara ayah terdengar seperti sedang menangis.

“Ayah lagi di Singapura, Kim. Ayah nak memberitahu kau masalah penting yang ayah belum pernah ungkit-ungkit.”

Aku pergi ke hotel untuk mencari ayahku. Satu setengah jam lamanya aku mendengar cerita ayah. Ayah menceritakan tentang masa lalunya dengan ibuku. Ayah juga memberitahu bahawa sebenarnya aku mempunyai adik perempuan yang tinggal bersama ibuku di Singapura. Sewaktu aku mendengar cerita ini semua, aku berasa biasa-biasa sahaja. Aku hanya ingin menemui mereka sekarang.

“Kim, sekarang awak tidak bisa menemui mereka. Kerana mereka telah pergi. Pergi untuk selamanya.”, kata ayah sambil menangis.

Aku turut berasa sedih, rasa sedih yang hanya biasa-biasa sahaja tanpa air mata. Aku mendapat tahu bahawa mereka mengalami kemalangan di jalan ketika suami dari ibuku yang berarti ayah tiri dari adikku mabuk sewaktu mengendarai kereta. Keesokan harinya, ayahku dan aku pergi menuju ke rumah sakit untuk melihat ibu dan adikku yang terakhir kalinya. Kami dibawa ke suatu ruangan yang sangat sejuk, dimana jenazah ibu dan adikku disimpan sebelum dikebumikan. Doktor lalu mengeluarkan kedua-duanya dari sebuah lemari kecil.

Tiba-tiba, kepalaku bergetar. Dadaku terasa susah untuk bernafas seperti melihat hantu. Aku menjadi mati rasa seperti sebuah batu. Kakiku bergetar tetapi tidak dapat bergerak dari tempatnya. Aku sungguh terkejut setengah mati. Didepan mataku terbaring seorang yang sangat aku rindukan, seorang yang telah lama aku tak nampak dan tak terlupakan. Seorang gadis yang sebenarnya adik sedarahku, juga seorang gadis yang dulunya ialah pacarku, kini telah terbaring didepan mataku, tak bernyawa. Air mata mengalir dengan kencangnya dipipiku. Aku tidak bisa berbuat apa-apa sekarang. Begitu banyak hal yang harus aku katakan, permintaan maaf yang harus aku tuturkan, sekarang tidak akan pernah kukatakan kepada Sheila.

Sampai saat ini, rasa bersalah masih menempel dihatiku. Aku tidak akan pernah mahu memberitahukan hubunganku dengan Sheila kepada ayahku. Kenangan indah bersamanya akan aku ingat selamanya walaupun kenangan yang tidak begitu lama. Sampai jumpa Sheila, adikku, kekasihku.

Harry Kesumajaya
Menengah 5N2
Sekolah Menengah Dunearn

Biar Pedih Hati Terhiris


Keheningan malam yang bersalutkan biji-biji mutiara yang berkilauan di langit membuat sanubariku berasa kesunyian. Aku kagum memerhatikan bintang-bintang dan cahaya purnama yang masih setia menerangi alam semesta. Suara sang punguk mendayu-dayu memecahkan keheningan malam. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, seolah-olah berirama syahdu. Entah mengapa, malam itu aku bagaikan dibungkus sepi seperti seorang pengembara di padang pasir.


Apalah ada pada sebuah percintaan kalau ia tidak menjanjikan kebahagiaan. Lebih baik hidup bersendirian seandainya bersendirian itu lebih membahagiakan… “


Aku menutup buku diari harianku dan merenung jauh keluar jendela. Suamiku, Farhan masih belum pulantg. Sejak akhit-akhir ini, aku sering mengharap agar Farhan lambat pulang, kalau tidak pulang lebih bagus. Cintaku kini tidak seperti cintaku lima tahun yang lalu. Begitu juga dengan dirinya. Aku tahu hatinya berbelah bagi, antara diriku dengan isteri keduanya, Farisha.


Kalaulah aku tahu ini semua akan terjadi, sudah pasti aku akan menuruti kemahuan arwah ayahku untuk bernikah dengan anak rakan baiknya, Hisham. Mungkin hidupku lebih bahagia memandangkan Hisyam berasal dari keluarga yang berada dan ternama. Aku tersenyum sendiri. Hisham baik orangnya, tentu segala kasih sayangnya akan dicurahkan kepadaku. Ah ! gila. Hati kecilku bermonolog. Namun sayang, aku tersalah membuat pilihan. Insan yang kusangkakan berlian itulah racun hidupku.Permata kacaku pecah tak ku duga.


“Anak kurang ajar! Susu yang aku beri, tuba yang kau balas?” tengking ayahku. Wajahnya merah padam menahan kemarahan yang sudah sampai kemuncaknya.


Aku hanya berdiam diri. Mulutku seakan terkunci. Terbit perasaan kesal kerana berterus terang mengenai hubunganku dengan Farhan.


“Ayah, Nina bukan kurang ajar. Tapi Nina rasa Nina berhak untuk menentukan masa depan Nina. Nina tak sanggup berkongsi hidup dengan Hisham, lelaki yang tidak pernah Nina cintai.” jawabku dengan nada yang agak tinggi.


Apalah yang kau nampak pada Si Farhan itu? Pekerjaan pun tak tetap. Maca mana nak kasi kau makan, rumah dan segala keperluan kau?” ibu mencelah, dan terus menyebelahi ayahku.


Ah, memang ibu dan ayah tidak pernah memahami perasaan Nina.. “ Belumpun sempat aku menghabiskan ayatku, satu tamparan yang hebat hinggap di pipiku. Air mataku mengalir dengan derasnya. Aku bergegas ke dalam bilik tidur dan menghempas daun pintu sekuat hatiku.


Walau apapun yang terjadi, esok aku harus pergi dari tempat ini,” jerit hatku. Malam itu aku mengemas pakaian ke dalam beg. Aku sudah nekad meninggalkan keluargaku demi mengejar angan-anganku bersama Farhan. Keesokkan harinya,tepat jam dua pagi, aku keluar dari rumah dengan meninggalkan sepucuk warkah untuk kedua orang tuaku.


Kehadapan Ayahanda dan Bondaku,


Ketika ayahanda dan bonda membaca warkah ini,mungkin Nina sudah pergi. Pergi jauh dari keluarga sendiri. Nina tahu ayah dan ibu kecewa dengan tindakan bodoh anakanda. Nina sedar, apa yang ayahanda dan bonda lakukan ialah untuk kebahagiaan Nina pada masa hadapan.Tapi ini semua tidak akan dapat membahagiakan Nina.


Selepas pemergian Nina ini, janganlah ayahanda dan bonda tangisi.Relakanlah permergian Nina dan restuilah pernikahan Nina dengan Farhan. Doakanlah agar anakanda sentiasa di bawah lindungan Allah Yang Maha Esa.Percayalah, tidak pernah ada niat di hati ini untuk melukai hati insan yang telah membesarkan Nina.


Gadis Lara,

Nina


Dua hari selepas itu aku bernikah dengan Farhan. Sebak hatiku ketika berwalikan ayahanda saudaraku walaupun ayah kandungku masih hidup. Namun pada waktu itu, hanya satu saja di fikiranku, aku kini bebas dengan insan yang kucintai dan sanjungi.Malang tidak berbau, ayahku meninggal dunia pada hari pernikahanku akibat diserang penyakit jantung. Ternyata beliau begitu terkilan dan kecewa dengan sikapku. Kesal yang bersarang di hatiku bukan kepalang kerana tidak dapat melihatnya untuk kali terakhir.


Tiga tahun melayari bahtera hidup merupakan hari-hari yang terindah dalam hidupku. Farhan menatangku bagai minyak yang penuh. Pada Tuhan, aku panjatkan kesyukuran atas segalanya. Namun manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.Ku sangkakan panas hinga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Harapanku yang tinggi menggunung hancur dalam sekelip mata. Masuk tahun keempat, Farhan mula menunjukkan perubahan dalam dirinya. Beliau sering marah-marah dan pulang lewat hampir setiap malam. Hampir setiap hari aku berendam air mata kerana kecewa dengan sikapnya itu.


Ternyata Tuhan masih menyayangiku dan mahu menunjukkan kepadaku tentang kecurangan suamiku. Suatu petang, sedang aku dalam perjalanan pulang dari kerja, aku ternampak sepasang kekasih yang sedang berpimpin tangan berjalan menuju ke sebuah kereta. Berdetak jantungku. Lelaki yang begitu mesra memegang tangan pasangannya ialah Farhan. Aku menjerit di dalam hati. Rasa cemburu membungkam di dada. Dengan hati yang kecewa dan hampa, aku meninggalkan kawasan itu. Aku pulang dengan hati yang hancur berderai, bak kaca jatuh ke batu. Aku menangis sepuas-puas hatiku, hinggakan kering kolam air mataku.


Malam itu, Farhan pulang agak lewat dari biasa. Aku tabahkan hatiku untuk bertanyakan mengenai wanita tadi. Sangkaanku bahawa dia akan naik berang meleset sama sekali. Sebaliknya, beliau kelihatan begitu tenang sekali.Tanpaku sedari, butir-butir mutiara jatuh dari kelopak matanya. Dia menjelaskan bahawa wanita itu adalah Farisha, isteri keduanya. Hatiku bagai disiat perlahan-lahan dan aku menahan peritnya. Hanya Tuhan sajalah yang mengerti perasaanku ketika itu. Bumiku pijak bagaikan bergoncang.


Sejak peristiwa itu,a ku sedar cintaku terhadap Farhan mulai pudar. Walaupun dia cuba berbaik semula denganku seperti dahulu, aku dapati cintanya tidak seikhlas dahulu. Aku benar-benar hampa. Kadangkala dia tidak pulang hingga lima hari, meninggalkan aku sendiri di rumah. Aku tiahu Farhan mengahwini Farisha kerana nafsu semata-mata. Aku benci … benci dengan Farhan. Benci yang teramat sangat.


Bunyi deringan telefon membawaku ke alam nyata ,lalu kubiarkan lamunanku tadi bergantung tanpa bertali. Baru kusedar ratu suria telah tergelincir dari persemayamnya di puncak langit. Aku segera mendapatkan telefon dan segera menjawabnya.Terasa gelap sementara dunia apabila mendapat tahu bahawa Farhan terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke rumahku. Beliau sedang dalam keadaan kritikal. Dengan segera aku bersiap dan bergegas ke hospital.


Betapa sayunya hatiku apabila memasuki wad Farhan. Kesedihan menyelubungi diriku. Aku mendekatinya yang sudah bagai nyaw-nyawa ikan. Aku duduk di sebelahnya dan ku genggam erat tangannya. Farhan seolah-olah tidak mahu melepaskan genggamanku. Dia seperti ingin memberitahuku sesuatu. Aku mengucup dahinya.


“Sayang, cinta kita akan tetap bersemadi di hatiku ini.” kataku lalu kubisikkan dua kalimah syahadat ke telinganya. Air mataku semakin deras membasahi pipiku.


Pernafasannya beransur perlahan lalu terhenti buat selamanya. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Farisha yang turut berada di wad itu memeluk erat jasad suamiku. Jijik! jerit hatiku. Tuhanku, betapa beratnya dugaanmu ini, terasa tidak mampu hambamu ini memikulnya.


Di hari pengebumiannya, aku sudah tidak mampu menangis lagi. Bagiku lebih baik menangisi nasib insan-insan malang yang terkorban dalam peperangan. Sudah tiada gunanya aku bersedih. Semuanya sudah berlalu. Aku masih belum berganjak dari tanah yang merah itu walaupun ramai yang telah pulang. Setelah membacakan surah Yasin, barulah aku berangkat pergi.


Farhanku,

Mencintaimu suatu hadiah yang paling berharga dari Tuhan. Kerana cinta, aku sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keluargaku sendiri, dan kerana cinta jugalah aku merana. Kini Tuhan telah mengambil kembali hadiah yang paling berharga bagi diriku. Sememangnya daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Percayalah aku tidak pernah menyesal berkongsi hidup bersamamu. Cuma yang aku kesali, mengapa semuanya harus berakhir begini. Biarpun kau telah pergi, kau akan selalu di hatiku. kini dan selamanya.


Aku menutup diari harianku lalu terlelap dibuai mimpi yang indah bersama Farhan.


Nursakinah Yusof

Menengah 3E5

Sekolah Menengah Dunearn


Aku Bukan Pilihan Hatimu

Aku Bukan Pilihan Hatimu


Tabir malam yang berlabuh tanpa hiasan purnama dan bintang-bintang di langit tiba-tiba dipanah pancaran kilat. Angin malam menerobos kasar, menampar-nampar mukaku. Daun-daun kering yang ringan turut diseret angin. Namun, aku tetap menyusuri gigi pantai Terus menanti dan terus mencari. Penantian itu suatu penyeksaan. Hatiku terus digigit rasa pilu dan sedih. Soalan dan pertanyaan mengasak bertalu-talu di segenap kotak fikiranku. Dalam keadaan sedih, hatiku bermonolog sendirian...


Jika memang diriku bukan menjadi pilihanmu

Mungkin sudah takdirnya kau dan aku takkan bersatu

Haruslah kau selalu tahu ku mencintai sepanjang waktu

Haruslah kau selalu tahu semua abadi untuk selamanya

Kerana kuyakin cinta dalam hatiku

Hanya milikmu sampai akhir hidupku

Kerana aku yakin di setiap hembusan nafasmu

Hanya dirimu seorang yang selalu kurindu...


Tiada siapa pun yang dapat meneroka betapa hancurnya hatiku ini. Kenangan dan harapan yang dibina berkecai sudah. Aku termangu dalam kegelapan malam. Jiwaku masih dibelenggu oleh peristiwa yang masih segar dalam ingatanku.


Julia. Nama seorang gadis yang terpahat di dalam hatiku. Aku masih ingat lag bagiamana pada pertyama kalinya aku mengenalkan diriku kepadanya di bangku sekolah.


Kring!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan sudah masuk waktu rehat. Semua para pelajar tergesa-gesa turun ke kantin. Sedang aku berjalan di koridor menghala ke kantin dengan secara tidak sengaja aku terlanggar seorang gadis yang menuju ke arahku.


Maaf, saya tidak sengaja,” kataku penuh bimbang. Gadis itu hanya menguntumkan senyuman tipis. Aku terkejut dengan reaksinya. Dalam masa yang singkat itu, aku sempat menikmati keayuannya. Mata redupnya menjamah mesra wajahku. Aku terpegun dengan kecantikannya. Pipinya selicin pauh dilayang. Bibirnya semerah deliam merkah. Alisnya selentik taji dibentuk. Tanpa berkata apa-apa, dia beredar dari situ. Saat itu aku merasakan seperti diriku sedang melayang-layang di udara. Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu membuat hatiku berputik dengan cinta pandang pertama. Sejak kejadian itu, aku sering memerhatikan gadis itu.


Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Aku tersangat ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat bagaikan musafair yang haus di padang pasir. Pada petang itu lepas sekolah aku terserempak gadis itu. Au cuba memberanikan diriku untuk berhadapan dengannya. Tekaanku betul. Dia seorang gadis yang peramah. Lama kelamaan perhubunganku dengan Julis semakin bertambah erat. Aku semakin merasakan cinta berputik di antara kita. Namun begitu, aku dsan Julis tidak pernah menyoalkan tetang cinta. Mungkin perasaan malu masih lagi menyelimuti hati. Aku tidak tahu bagaimana untuk mencurahkan hasrat yang terpendam.


Tiba-tiba lamunanku tersentak dan aku terus beralih ke alam nyata. Langit mulai dikerlip oleh kilat yang mencabuk-cabuk. Bisa angin malam terus menggigit pipiku. Bumi mulai dibasahi hujan yang turun renyai-renyai. Aku merenung sepucuk kertas yang terkejap di tanganku. Dalam surat itu mengandungi sesuatu yang kini hanya dijadikan kenangan. Untuk menenangkan fikiranku, aku sering membaca puisi yang telah kuciptakan untuk Julia.


Menatap indah senyuman di wajahnya

Membuat kudian dan terpaku

Mengerti akan hadirnya cinta terindah

Di saat aku peluk mesra tubuhku

Aku ingin engkau selalu

Hadir dan temani hidupku

Di setiap langkah yang menyakiniku

Kau tercipta untukku

Kuingin kau tahu, ku selalu milikmu

Kau yang mencibntaiku sepanjang hidupku


Fikiranku mulai melayang-layang lagi. Semakin hari berlalu, aku semakin lemas di lautan persaan cinta. Aku hanya ingin mencurahkan segala perasaan yang terbuku di hatiku kepada Julia tetapi aku tidak terdaya. Perhubungan erat nata aku dan Julia seperti perhubungan dua orang kekasih tetapi tiada pun di antara kita yang ingin berterus-terang.


Semakin hari, aku lihat Syahril semakin rapat dengan Julia. Cemburu dan dendam yang mulai memutik di dada kian hari kian merebak mengeuasai di segenap penjuru htaiku. Perbuatan Syahril mengocak tasik kesabaran hatiku. Perasaan marah, benci dan dendam kian membara di hatiku. Tetapi, peliknya, walaubagaimana marah pun aku, aku tidak pernah menunjukkan perasaan marahku terhadap Syahril. Malah kau masih berkawan dengannya. Aku mulai keliru. Aku tidak mahu bergaduh dengan syahril tetapi pada masa yang sama, aku cintakan Julia.


Pada suatu petang aku terdengar perbualan rakan-rakanku tentang salah seorang daripada rakab karibku, Syahril. Shahril juga menaruh hati kepada Julia. Tangkai jantungku seolah-olah terputus lalu dimamah dengan begitu lahap oleh api kemarahan yang membara apabila mendengar perbualan itu. Aku terus menanyakan perkara ini kepada Julia tetapi Julia engan mengatakan apa-apa. Aku mulai rasa cemburu.


Pada suatu petang sedang aku berjalan menuju perhentian bas setelah pulang dari sekolah, aku ternampak Julia sedang menyeberang jalan bersama Syahril. Apa yang lebih membuat aku marah ialah mereka sedang berpimpin tangan. Dengan nada yang keras aku menjerit nama Julia. Dengan serta merta mereka menoleh ke arahku tanpa melihat kereta yang sedang menuju ke arah mereka.


Bam!!!” dentuman bunyi kuat kedengaran. Dadaku berdebar kencang. Apa yang aku saksikan telah melemahkan tubuhku. Rakan karibku dan gadis yang aku cintai telah tercampak akibat pelanggaran kuat itu. Badan Julia yang ringan tercampak lebih jauh dan pada masa yang sama, selepas dilanggar oleh kereta itu, tubuh Julia digilis oleh tayar sebuah bas. Rasa gerun tambah mencengkam hatiku. Aku tidak berani menghampiri tubuh mereka kerana aku tahu pada saat itu mereka telah pun kembali ke alam baqa.


Dentuman guruh menyambar ingatanku kembali ke alam realiti. Malam terus memanjat usia. Nama Julia sering bermain-main di bibirku. Wajahnya sentiasa terbayang-bayang di ruang mata. Di saat julia meninggalkan diriku, aku belum lagi sempat mencurahkan kasih sayangku kepadanya. Air mata berladung di kolam mataku. Tidak ada bintang berkelipan yang dapat menyerikan kegelisahan hatiku. Julia akan terus tersemat di penjuru hatiku. Pemergiannya akan tetap menjadi kenangan abadi dalam lembaran hidupku. Di pantai inilah aku dan Julia selalu meluangkan masa bersama-sama. Tetapi semua itu telah menjadi sejarah. Sedang aku meninggalkan tempat yang penuh sejarah dan makna ini, hatiku bermonolog sendirian...


Lelah hati yang tidak akan kau lihat

Andai saja dapat kau rasakan

Letihnya jiwaku kerana sifatmu

Indahnya cinta yang kau berikan

Kini tiada lagi kudapatkan teduhnya jiwa

Baiknya ku pergi, tinggalkan dirimu

Sejauh mungkin untuk melupakan

Dirimu yang selalu tak pedulikanku

Yang mencintaimu, menyayangimu...

Bila di saat aku jauh nanti

Kuharap kau mengerti, kuharap kau sedari...


Md Qhasmeer Bin Jamil

Menengah 3E5

Sekolah Menengah Dunearn

Srikandi Di Medan Derita

Srikandi…Di Medan Derita


Senja menghilang. Langit kusam ternganga luas. Ombak lautan bergelora dan berakhir memecah pantai. Daun-daun menghayun mengikut irama tiupan angin. Fidya terduduk di bangku kayu sambil mendukung bayinya, Zirdyana. Airmatanya bergenang di kelopak mata lalu jatuh mengalir bak sungai yang deras. Hatinya sayu mengimbas kembali peristiwa lampau yang hingga kini masih menghantuinya. Khairul. Nama yang sentiasa terpahat dihatinya. Suasana yang tenang dan suram seolah-olah menangis dengannya membuat kotak kenangannya memaparkan peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu.


Hari itu merupakan hari pertamanya di sekolah menengah. Fidya seorang murid yang tekun. Namun, dia kurang kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapanya. Bapanya seorang pengurus besar yang sentiasa sibuk sepanjang hari. Ibunya pula seorang suri rumah yang sibuk menguruskan adik-adiknya. Fidya merupakan anak sulung empat beradik . Kerana dahagakan kasih sayang, dia mencari perhatian di luar. Dalam pencariannya, dia bertemu dan berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Khairul dalam perjalanannya ke sekolah.


Hi! Saya Khairul. Siapa nama saudari?” tanyanya sambil menghulurkan tangan.


Saya Fidya”, dia menjawab sambil tersipu malu.


Dari situlah bermulanya detik-detik bunga percintaan mereka. Mereka semakin akrab dan menyayangi antara satu sama lain. Barulah kini Fidya merasakan dirinya disayangi. Kegembiraan yang menyelubungi hatinya tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Secara tiba-tiba, dunianya terasa indah dan penuh bermakna. Dia telah membebaskan dirinya dari penjara sepi. Alangkah indahnya dunia percintaan ini.


Tetapi, itu semua hanya sementara. Hari sudah larut malam dan Khairul mempelawanya bermalam di sebuah hotel. Tanpa berfikir panjang, Fidya bersetuju. Dia ternyata tidak sedar akan malang yang bakal menimpa dirinya. Di hotel, Khairul memberikannya segelas minuman “cocktail” dan Fidya, terus tenggelam di alam lamunan.


Apabila dia terjaga dari tidurnya, dia sedar dirinya telah diperkosa kerana tidak ada sehelai benang pun ditubuh badannya. Dia telah hilang maruahnya. Pelbagai persoalan bermain di minda nya.


Apakah aku harus pulang ke rumah? Apa kata ibu dan ayah nanti? Siapa yang akan bertanggungjawab? Di mana Khairul?”, bisik hatinya.


Tidak…!!!” aku menjerit.


Airmata menuruni, membasahi pipinya. Rupa-rupanya, Khairul telah memasang topeng hipokrit bagi menutupi semua tipu helahnya. Hatinya membuahkan rasa kecewa dan marah. Fidya menyarungi pakaiannya lalu beredar.


Ketakutan dan kebimbangan memeluk hatinya. Dia keliru akan keberadaan Khairul yang telah menghilangkan diri. Masa terus menerus terbang meninggaalkannya. Fidya tersepit dalam dunia yang serba gelap ini. Penyesalan yang membakar dirinya kini membuahkan derita. Hari berganti dan ketakutan Fidya kini menjadi kenyataan.


Apa? Kau diperkosa?” tengking ayahnya dengan nada suara yang tinggi.


Fid minta maaf ayah, ”dia merayu meminta maaf.


Maaf? Anak tak mengenang budi! Susu yang aku beri tuba yang engkau balas. Tergamak kau menghancurkan hati kami. Mulai saat ini kau bukan lagi anak kami. Keluar kau dari sini! Jangan harap aku nak mengaku kau anak aku! Berambus!!”, jerit ayahnya.


Mengucap bang… mengucap. Apalah gunanya kita mengerjakan fardhu haji bang, kalau maaf saja abang tidak mampu memberi. Sedangkan Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, inikan pula kita hambaNya yang lemah!”, pujuk ibunya dengan sedu-sedan.


Astaghfirrullahalazim!”, ayah beristighfar panjang. Penyesalan jelas terpancar di wajahnya yang telah di mamah usia.


Fidya! Tunggu nak!” teriak ayahnya.


Ibu bapanya bergegas keluar lalu mengejarnya. Fidya tidak menghiraukan panggilan dan teriakan ayahnya. Tiba-tiba suara jeritan memecah kesunyian malam.


Fidyah menoleh ke belakang. Alangkah remuk hatinya apabila melihat kedua orang tuanya terbujur kaku di jalan raya dengan berlumuran darah. Fidya berlari sepantas kemampuannya. Dia berlutut lalu merehatkan kepala kedua orang tuanya di atas pahanya.


Maafkan Fidya ibu. Maafkan Fidya ayah”, kata Fidya dengan nada pilu.


Putaran bumi bagai terhenti. Pertama Khairul dan kini ibu bapanya. Dia kini yatim piatu. Tidak berayah, tidak beribu. Dia hilang tempat mengadu. Dunia sepi seperti tiada penghuni. Tegak emosi dipuncak menghenyak kewarasan mindanya.


Hari berganti minnggu, minggu bertukar bulan dan bulan menjelang tahun. Kini, sudah dua tahun Khairul tidak kelihatan dan orang tuanya telah pun menyahut seruan Ilahi. Kerana tidak ingin menambah dosanya, dia telah melahirkan seorang cahaya mata hasil perhubungannya sulitnya dengan Khairul. Zirdyana.


Dia tersentak dari lamunannya. Secara spontan, dia mengeluarkan sebatang pena dan sekeping kertas lalu membiarkan mata pena itu menari…


Kehadapan Kekasihku Khairul,

Aku menulis warkah yang bersalut airmata ini untuk menyatakan bahawa namamu sentiasa terpahat dihatiku. Mengapa kau pergi menghilangkan diri? Kini janji hanya tinggal janji. Aku telah melahirkan anakmu. Tidakkah engkau ingin melihatnya? Menyayanginya? Kau telah memungkiri janji. Namun, aku berharap agar kau senantiasa bahagia di samping orang-orang yang tercinta.


Sejurus kemudian, lagu ‘Sonata Musim Salju’ nyanyian Hazami terngiang-ngiang ditelinganya. Saat lagu itu berkumandang di udara hatinya bermonolog sendirian…


Laut indah kebiruan,

Langit kosong tanpa awan

Aku duduk bersendirian

Sunyi tiada berteman

Terdengar bisikan sayu mendayu

Menyedari menasihatiku

Jangan kau tangisi lelaki itu,

tangisilah keinsafan yang diberimu.’

Begitulah irama lagu bisikan itu,

Membuka mata meluaskan minda fikiranku

Dunia tidak lagi sempit menggigit

Luas sungguh dunia dan langit

Angin bertiup ke satu arah,

Meniup hilang segala rasa amarah.


Lalu, Fidya pun melangkah pergi dari tempat itu. Kini, dia hanya mempunyai Dyana dalam hidupnya. Dyanalah sumber kekuatannya. Dyanalah penawar rindu di kala duka. Fidya bertekad untuk memagar derita dengan ketabahan dan menjadikan sejarah hidupnya satu teladan. Dialah srikandi di medan derita.


Syafinah

Menengah 3E5

Sekolah Menengah Dunearn