Thursday, December 31, 2009

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Bayu sejuk menampar-nampar pipiku. Segala-galanya masih berlegar-legar dalam kotak mindaku. Aku berdiri di tepi pantai, sambil mendengar pukulan ombak yang amat menenangkan jiwa. Peristiwa hidupku yang lalu, bermain-main pada masa itu. Perasaan kesal, resah dan marah bercampur aduk. Aku tidak mampu lagi menahan titisan air mata yang mahu sahaja mengalir.
Aku pernah menjadi seorang gadis yang genit, namun berilmu tinggi dan kaya, mahupun dari segi wang ataupun rupa. Aku pernah sering dimanjakan dan sering disayangi sehingga satu hari, aku seakan lupa apakah ertinya hormat-menghormati. Terutamanya, hormat terhadap ibu-bapa dan diri aku sendiri. Aku melalui hidup hari demi hari tanpa pengetahuan ataupun pengalaman dengan perkataan ‘susah’. Kedua ibu bapaku memberatkan sangat tentang isu menjaga anak dengan baik sehingga aku mengambil hidup dengan ringan, tanpa beban, tanpa masalah. Aku diberi kebebasan yang luas dan aku tidak perlu memberitahu ibu dan ayahku tentang perjalanan kehidupanku. Dari situlah, bermulanya nya kehidupan sosialku yang liar.
“Kau nak kawan? Kau ada banyak masa, jom ikut kita!” Masih terngiang-ngiang dengan jelas di telingaku suara itu. Suara itulah yang membawa aku ke alam fantasi yang cukup indah, pada masa itu sahaja. Mary, seorang rakan baik yang aku jumpa di universiti. Kami dalam fakulti yang sama, justeru, tanpa banyak berdalih, persahabatan kami berjalan dengan lancar. Mary seorang gadis yang peramah, jadi tidak terperanjatlah aku apabila aku diajak keluar bersama dia dan rakan-rakan lain yang tidak aku kenali.
Selepas satu malam suntuk aku keluar dengan Mary dan rakan-rakannya, kehadiran aku diterima dengan gembira. Kami sering keluar selepas malam itu dan aku yakin merekalah yang akan menjadi keceriaan hidupku dan juga teman sejati. Aku mula pergi ke tempat-tempat yang dilarang agama, namun aku tidak kisah. Perasaan malu dan takut sudah hilang dari sifatku tanpa aku sedari. Aku mula bergaul bebas dengan lelaki aku tidak kenali dan merasa puas selepas berbual dengan mereka. Aku mula minum minuman yang keras dan merasa seperti dunia ini milik aku. Aku akan pulang rumah dalam keadaan mabuk, namun tiada siapa yang kisah kerana tiada siapapun di rumah. Kedua ibu-bapaku sibuk bekerja sehingga aku tidak dipedulikan.
Selepas enam bulan bergaul dengan rakan-rakan aku itu, aku diperkosa tanpa aku sedari. Pada malam itu, aku terlalu mabuk kerana minum minuman keras yang tidak henti-henti aku teguk. Aku hanya mampu ingat, aku bangun dalam keadaan tidak berbaju dan dalam bilik yang tidak pernah aku kenal. Tiada perasaan yang muncul dalam diri aku ini. Ia seolah-olah aku tahu, perkara seperti ini akan terjadi tidak lama lagi. Lelaki yang bertanggungjawab sudah tiada di sisi. Aku berkemas dan keluar membawa diri. Lama-kelamaan, aku hamil dengan seorang bayi nama ayahnya sendiri aku tidak tahu ataupun kenali.
Dunia aku mula runtuh. Aku tercegat, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Patutkah aku mencari ayah kepada anak dalam kandungan aku ini ? Patutkah aku membuang bayi yang tidak bersalah ini ? Soalan demi soalan aku tanya diriku sendiri dan pada ketika itu, titisan air mata sahaja yang mampu menjawab segalanya.
Aku cuba untuk tidak endahkan situasi aku sekarang ini dan jalankan hidup seperti biasa. Aku perlukan masa untuk tenangkan diri sendiri dan untuk fikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan segala yang berlaku dalam hidupku ini. Sehinggalah tanpa aku sedari, masanya telah tiba untuk aku melahirkan bayi dalam kandungan.
Apabila aku mendakap bayi aku itu, seribu perasaan bermain dalam kotak fikiran. Aku takut dan aku tahu, aku belum sedia lagi. Aku masih belum sedia untuk luangkan masa menjaga anak aku itu. Aku masih muda. Aku tidak mahu merasa beban yang amat memberatkan dan akan mengganggu hidupku untuk selama-lamanya. Aku akhirnya membuat keputusan untuk membunuh anak aku yang tidak bersalah itu.
Selepas itu, aku hidup seperti biasa. Keluar dengan rakan-rakan yang sama dan tetap bergaul bebas ; tidak serik dengan apa yang telah berlaku. Sehingga suatu hari, di mana dua orang polis datang menyerbu rumahku. Tidak aku sangkakan, kedua ibu-bapaku telah tahu apa yang terjadi kepadaku. Tanpa sebarang getaran di jiwa, mereka menelefon polis untuk menangkapku. Aku dihukum tiga tahun penjara. Pada masa itu, aku sangat benci terhadap mereka.
Selepas tiga tahun itu, kehidupanku dipenuhi dengan cabaran. Aku banyak diajar tentang hidup dan agama ketika di penjara. Aku yakin, aku tidak mahu ia ulang lagi. Aku mahu menjadi seorang wanita yang baru. Namun, semuanya tidak senang. Permohonan untuk bekerja di syarikat-syarikat yang sepatutnya layak aku masuk, ditolak kerana aku pernah dimasukkan penjara. Aku menyesal.
Sejak hari itu, aku mula serik. Penjara ini banyak mengajar aku erti kehidupan. Aku perlu memulakan kehidupan baru yang lebih cerah.

Amira binti Komari
Menengah 3 Opal
Sekolah Menengah Dunearn

No comments: