Thursday, December 31, 2009

Maafkan Daku

Aku melihat ke luar jendela. Matahari yang tergantung di langit bagaikan sedang membakar alam. Hidup ini penuh dengan peristiwa yang pahit dan manis. Peristiwa yang berlaku sepuluh tahun lalu masih segar dalam ingatanku. Manik jernih gugur dari kolam mataku setiap kali mengenangkan peristiwa itu. Kejadian tersebutlah yang menyedarkan aku betapa pentingnya kehadiran seorang ibu dan seorang bapa.
Namaku Isabella. Anak tunggal kepada seorang usahawan terkenal, Encik Yazid. Pada suatu hari, Ayah dan ibu bertengkar sehingga menyebabkan ibu memfailkan tuntutan cerai terhadap ayah. Ayah adalah seorang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaannya sehingga tidak meluangkan masa bersama keluarga. Ini membuat ibu berasa seperti tidak penting dalam kehidupan suaminya lagi.
Sejak itu, keputusan ujian peperiksaanku semakin menghampakan. Aku stres. Masalah antara ayah dan ibu bagaikan membuat aku terasa diriku bagai dihempap bumi. Aku tidak pernah berasa tenang di rumah. Dengan itu, aku mula mencari saluran eskapisme dengan bergaul remaja-remaja nakal yang telah memberi aku perhatian yang aku dahagakan. Mereka juga telah mengajar diri ini untuk melakukan kegiatan-kegiatan yang salah dari segi undang-undang agama Islam seperti berzina dan meminum arak. Namun, itu semua bukan permulaan hancurnya hidupku ini. Semuanya bermula apabila ku sedang keluar bersiar-siar dan membuang masa di kelab malam pada suatu malam yang dingin.
"Hello, saya Fadzil. Awak pula?" tanya seorang lelaki tampan yang telah menyapaku dan menghulurkan tangannya kepadaku.
Aku bertentang mata dengannya. Senyuman manis dilontarkan kembali ke arahku. Lesung pipinya cukup menyerlah. Aku pun menjawab pertanyaannya. "Oh, hello, saya Isabella."
Kami pun mula berbual-bual dan bertukar-tukar nombor telefon masing-masing. Mulai hari itu, perhubungan aku dan Fadzil semakin rapat. Pada suatu hari, dia mempelawaku pergi makan angin bersama teman-temannya ke Bali, Indonesia. Oleh kerana perasaan cinta telah menguasai diriku, aku pun menerima tawarannya itu.
Sewaktu kami baru tiba di Bali, semuanya berjalan seperti biasa. Kami bersiar-siar dan meneroka tempat itu. Tetapi, pada malam itu, mulanya detik kehancuran hidup ini.
Kami telah terlanjur pada malam itu. Kami fikir tiada apa-apa akan terjadi walaupun kami menggunakan alat pelindung. Namun, kami silap.

Sebaik sahaja kami pulang ke Singapura, aku pun menanti kedatangan haidku. Sudah tiga minggu aku terlambat datang bulan. Hatiku menjadi semakin ragu. Dengan itu, aku pun membuat keputusan untuk pergi bertemu dengan doktor pakar .
Aku tunggu dengan penuh debaran di klinik untuk mendapat tahu tentang keadaan sebenarnya. Alangkah terkejutnya, apabila doktor berkata, "Tahniah! Anda hamil."

Kata-kata itu bagai menghantui diriku pada masa itu. Kesebakan membendung segenap ruang hati ini. Kotak fikiranku makin ligat berputar. Aku pun segera menghubungi Fadzil dan memberitahunya bahawa kami perlu berbincang, Dia pun bersetuju.
Dua jam kemudian, kami bertemu di tepi sungai dan aku pun memulakan perbincangan itu.
"Fadzil, ada sesuatu hal penting yang aku perlu memberitahumu," kata aku dengan nada yang agak lemah.
"Apa dia?" dia bertanya kebingungan.
"Sebenarnya, doktor telah mengesahkan bahawa aku hamil."
"Apa? Hamil?" jawab Fadzil dengan terkejut.
"Ya, hamil." aku cuba membuat dia berasa tenang.
"Adakah kandunganmu itu kepunyaanku atau lelaki lain?" tanya Fadzil kepadaku.
Aku tersentak sejenak. Kata-katanya itu bagaikan memukul-mukul gegendang telingaku. Dia menyuruhku menggugurkan kandungan itu kerana dia tidak mahu bertanggungjawab.
Hari demi hari, aku menyendiri di dalam bilik. Ayah mula perasan akan perubahan pada diriku. Beliau pun menanyakan keadaanku, namun aku cuba menyembunyikan hal yang sebenar daripadanya. Tetapi, itu semua hanya sia-sia sahaja. Ayah membawa aku ke klinik dan doktor telah memberitahunya bahawa aku telah disahkan berbadan dua.
Dengan segera, beliau menelefon ibu. "Roziah, Isabella hamil." Itulah kata-kata ayah yang ku dengari sewaktu dia menghubungi ibu.
Beberapa minit kemudian, Ibu pun tiba. Pertengkaran pun berlaku antara mereka tentang punca keterlanjuranku itu.
Aku menjadi tertekan ketika itu. Telefon bimbit yang dalam genggaman pun berbunyi. Fadzil menelefonku dan mengajakku keluar. Aku telah diajak untuk menggugurkan kandungan itu. Pada mulanya, hati ini berat untuk menyatakan 'ya'. Tetapi, oleh kerana termakan dengan pujuk rayu si dia, aku pun bersetuju.
Sewaktu perjalanan untuk ke klinik, kereta yang dipandu Fadzil telah bertembung dengan sebuah kereta yang amat ku kenali. Aku cedera parah akibat kemalangan itu. Oleh itu, aku dibawa ke hospital.
Selepas sedar daripada masa kritikalku, aku pun melihat sekelilingku. Ibu dan ayah tidak kelihatan. Aku pun bertanya kepada doktor, "Doktor, mana ibu bapa saya?"
"Sabar ya, Isabella. Tuhan lebih menyayangi mereka. Encik Yazid dan Puan Roziah telah terkorban dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar sepasang pasangan muda. Dan, maaflkan, saya. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kandungan kamu. Namun, ia tidak berjaya." jawab Doktor Syakir, doktor yang telah merawatku.
"Siapakah yang melanggar ibu dan ayah?" aku meraung.
"Maaf, sebenarnya kereta yang dipandu arwah Fadzil dan kamu," katanya lagi. Aku terkejut.

“Oh.. Tidak…Tidak….Tidak. Aku pembunuh, aku pembunuh., “aku memekik sekuat-kuat hatiku.
Rupa-rupanya aku dan Fadzil penyeybab kematian ayah dan ibuku, “Maafkan Isabella ayah. Maafkan Isabella ibu,” aku meraung.
"Allahu Akbar! Allahu Akbar!" laungan suara takbir dari masjid berdekatan telah menyedarkan aku daripada lamunan. Sesungguhnya, peristiwa yang telah berlaku dahulu masih segar dalam ingatan. Tanpa kusedari, setitis demi setitis air mataku jatuh ke bumi.

Nur Syafiqah binti Fadil.
Menengah 3 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

No comments: