“Sekarang baru aku sedar bahawa aku ialah anak pungut. Tetapi, siapakah ibu bapaku yang sebenar? Aku buntu dan bingung memikirkannya. Mahu sahaja aku melarikan diri dari rumah ini kerana ibu bapa yang sangat aku sayang selama ini bukan ibu bapaku yang sebenar.
Tergamak ibu bapaku membuat aku begini. Syazana berinnerlog.
Kotak fikiran Syazana sudah terlalu pening lalu dia tertidur. Tambahan pula, malam sudah larut. Sebaik sahaja Syazana melelapkan matanya, Syazana bermimpi sesuatu yang mengerikan. Syazana bermimpi bahawa dia tidak akan dapat berjumpa ibu bapa kandungnya lagi akibat kemalangan jalan raya. Syazana terjaga dalam keadaan resah dan sedar bahawa matahari pagi sudah bersinar dengan terang.
Fikiran Syazana makin ligat berputar. Dengan segera, Syazana cuba melarikan diri dari rumah untuk mencari ibu bapanya yang sebenar tetapi dihalang oleh bapa angkatnya sebaik sahaja Syazana berada di hadapan pintu rumah.
“Engkau nak ke mana? Lari rumah? Silakan. Tetapi ingat, ini kali terakhir kau akan menjejakkan kaki di sini.” Bapanya memberi amaran.
“Ayahk diamlah. Apa yang ayah tahu?” Syazana menengking.
Dengan pantas, tamparan hebat hinggap di pipi Syazana.
“Tak guna punya anak. Tak kenang budi. Aku besarkan kau dari kecil lagi dan kau membalas jasaku seperti ini?”
“Maafkan Syaza ayah. Syaza tak bermaksud nak sakitkan hati ayah tapi tolonglah, Syaza hanya ingin bertemu dengan ibu dan ayah Syaza yang sebenar. Itu sahaja, bolehkan ayah?” Syazana meminta restu ayahnya.
Kerana terlalu simpatikan anaknya yang kempunan ingin berjumpa dengan ibu bapa kandungnya, ayah Syazana memberi jawapan positif kepadanya dan memberikan alamat rumah ibu bapa kandung Syazana.
Hatinya riang bukan kepalang. Syazana berasa seolah-olah dia mati hidup semula. Syazana memeluk tubuh ayahnya yang tegap dan mengucapkan terima kasih. Sedang Syazana memakai kasutnya yang berjenama Converse, dia terpaksa membuka kembali kasutnya dan bergegas untuk mengangkat gagang telefon yang telah berdering selama setengah minit.
“Hello, adakah itu Syazana Binti Rizman?” seorang jejaka bertanya.
“Ya betul. Siapa di hujung talian?” Syazana menyoal.
“Saya Inspektor Salleh Bin Sulaiman. Saya harap agar adik bersabar dengan berita yang ingin saya sampaikan. Dukacita dimaklumkan bahawa ibu bapa kandung adik, Muhammad Rosman Bin Rosmeet dan Nur Razita Binti Yakob, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12:35 tengahari tadi. Mayat Allahyarham dan Allahyarhamah sekarang terbujur di Hospital Besar Singapura.” Inspektor Salleh menjelaskan segalanya.
“Hello…hello…Syazana…hello?” Inspektor Salleh menyoal.
Gagang telefon telah dilepaskan ke lantai. Berita menggemparkan itu terlalu memeranjatkan. Mimpi ngeri yang berlaku malam semalam menjadi realiti. Hati Syazana berkecai seribu. Tiba-tiba, Syazana rebah ke lantai.
Apabila Syazana kembali sedar, di sisinya hanya ada ayahnya. Syazana terlantar di hospital. Setiap hari, Syazana akan menangis tanpa henti hingga matanya hampir bengkak. Setelah kesihatannya kembali stabil, dia dibenarkan pulang ke rumah.
Pada keesokan hari, Syazana pergi ke rumah arwah ibu bapanya untuk mengemaskan barang-barang yang perlu. Rumah itu kelihatan menarik dari segi struktur. Terdapat banyak buku terletak di rak buku. Syazana mengambil salah satu buku yang terletak di rak-rak buku tersebut. Dengan tidak sengaja, sepucuk surat jatuh ke lantai dari buku yang dibelek. Syazana mengutip surat tersebut lalu membacanya.
Syazana,
Apabila Syazana membaca surat ini, ibu dan ayah sudah tidak ada lagi di muka bumi ini. Ibu dan ayah ingin meminta maaf kerana menyerahkan Syazana kepada ayahmu sekarang, Rizman. Sebenarnya, ibu dan ayah tidak mampu untuk membiayai makan minummu. Yang paling penting sekali, Syazana harus ingat bahawa kami amat menyayangimu walaupun terpaksa berpisah. Kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syazana agar Syazana dapat mencapai cita-citamu. Kami akan menunggumu di pintu syurga. Insyallah.
Yang benar
Ibu dan Ayah
Nur Razita & Rosman
Manik jernih gugur dari kolam mata Syazana. Air mata tidak henti-henti meluruti pipinya. Tidak disangka bahawa ibu bapa kandungnya sangat menyayanginya. Sejak hari itu, Syazana pasrah dan redha dengan pemergian ibu bapanya. Dia berjanji akan bekerja keras untuk mencapai cita-citanya.
Muhd Akmal Bin Muhd Ramli
Menengah 3 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn
Thursday, December 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment