Thursday, December 31, 2009

Diari Cinta Fatin Diyanah

Lebaran akan datang sekali lagi. Rumahku sudah pun disolekkan. Warna biru muka tembok membawakan ketenangan pada rumahku ini. Sudah jam 1 pagi. Puteri tunggalku sudah pun terlena di atas katilnya.Suamiku masih belum pulang lagi.Masih lembur lagi agaknya.Sementara menanti kepulangannya,aku berkemas sedikit bilikku.
'Fatin'
Itulah perkataan yang mencuri perhatianku.Nama indah itu tertulis di atas senaskhah buku kecil yang tersimpan di laciku. Bukan sebarang buku,tetapi sebuah diari.Sebuah kisah gadis bernama Fatin. Diari Cinta Fatin...

*15 April 2004*
'Hello diari. Ni aku, Fatin lagi. Seperti biasa, Aiman,teman baikku sejak di sekolah rendah dahulu, menjemputku daripada rumah ke Universiti.Tiada apa-apa istimewa antara kita. Kawan..cuma kawan. Pst..aku ada rahsiahla. Tadi,ada seseorang lelaki yang baru dipindahkan ke sekolah. Umurnya sebaya dengan aku dan Aiman; 20. Badannya tegap, tinggi. Jejaka itu sungguh...tampan! Namanya Haziq. Aku tidak tahu mengapa.Tetapi aku akan selalu mencuri-curi untuk memandangnya.Dan apabila bola mata kita bertemu, tiba-tiba jantungku seperti berlari dengan pantas.Seluruh tubuhku menjadi lemah.Apa ertinya semua ini?'

*17 April 2004*
'Hari ini, aku meminta Aiman untuk cepat-cepat menghantarku ke Universiti. Aku tidak tahu bagaimana untuk menyebutnya. Satu fenomena? Haziq yang sentiasa membuatku untuk hadir ke kelas setiap hari. Tiba-tiba,sedangku sibuk dengan kerja sekolahku, aku terdengar suara memanggilku.
''Fatin..awak Fatin bukan? Nama saya Haziq...''
Sejak hari itu,bukan Aiman yang datang untuk menjemputku. Kali ini, dan seterusnya, Haziq yang datang dengan kereta Nissan birunya yang berkilat, bukan dengan skuter buruk yang Aiman pinjam daripada bapanya untuk menjemputku.'

*20 Mei 2004*
'Sudah lebih sebulan aku berada dengan Haziq. Semakin hari, perasaan kasih semakin berputik di hatiku. Tetapi apakah ia? Hari demi hari kehadiran Haziq dalam hidupku membuat kehidupanku lebih bermakna. Namun begitu, aku juga berasa diriku semakin jauh daripada Aiman. Ya Tuhan, tolonglah hambamu ini .Sesungguhnya aku tidak mahu kehilangam teman lama semata-mata untuk mendapatkan seseorang lelaki. Aku manusia yang lemah.'

*6 Jun 2004*
'Aku tertemu dengan Aiman ketika berada di kafeteria.Dia seperti terburu-buru atau mahu mahu menyampaikan sesuatu padaku. Hari ini,lepas tamat kelas, Aiman berkata bahawa dia mahu mengatakan sesuatu. Malam itu,Aiman datang ke rumahku. Aku berpakaian seluar jeans dan baju kemeja-T sahaja. Sememangnya,itu sahaja yang akan aku kenakan apabila keluar dengannya. Aku tidak memakai apa-apa solekan. Rambutku pula tidak didandan. Dengan skuter lama bapanya itu, dia membawaku ke restoran 5 bintang. Ia dihias dengan lampu-lampu berwarna kemerah-merahan. Aku tertanya-tanya bagaimana dia mendapat orang menempah meja buat 2 orang di restoran itu.

"Fatin, sudah lama aku menyimpan perasaan ini. Cuma aku tidak tahu bagaiman mahu menyampaikannya. Mulutku ini boleh kututup tetapi hati kecilku ini tidak dapat menafikan perasaanku terhadapmu. Sudah lama aku memendamkam perasaan ini, sejak berada di sekolah menengah. Engkau yang menyempurnakan hidupku ini. Terimalah snow globe ini. Aku tahu engkau sukakan sangat perhiasan-perhiasan kecil sebegini. Ambillah, sebagai lambang cintaku kepadamu. Setakat ini sahaja yang aku mampu berikan sekarang. Terimalah..."

'Aku mengambil snow globe itu lalu melepaskanya ke lantai.Aku tidak percaya dia sanggup lakukan sebegitu. Dia mahu menghancurkan persahabatan kita dengan jalinan cinta? Kepada telinganya kuberbisik bahawa hatiku sudah dimiliki Haziq. Sejak hari itu, aku tidak lagi bertemu Aiman. Dengar khabar, dia sudah keluar negaara untuk melanjutkan pelajarannya .Beritahuku diari, apakah aku bertindak wajar dan terlalu kasar dengan Aiman tadi? Ini semua demi kebaikan persahabatan kita bukan?'

Misha sentiasa berada di sisiku. Dia adalah satu-satunya orang yang dapat ku percaya dan luahkan hatiku setelah tiadanya Aiman lagi. Misha adalah adikku. Segala isi dan perasaanku, pengaduanku semua diceritakan kepadanya. Prom Nite juga akan datang tidak lama lagi. Aku masih mencari-cari gaun yang ingin ku gayakan pada malam itu. Aku mahu kelihatan anggun dan berseri-seri malam itu. Aku mahu menjadi perhatian ramai. Aku mahu meluahkan hasrat yang terpendam kepada Haziq malam itu. Aku hanya ingin menjadi milik Haziq.'

*30 November 2004*
'Malam yang kunanti-nantikan. Sudah 6 bulan kumenanti saat ini. Aku bergaun merah jambu. Mukaku disolekkan. Pipiku dibedakkan. Bibirku berwarna merah alah bunga ros. Pipiku ditaburkan warna merah-merahan. Rambutku diikat rapi. Aku melihat diriku bagaikan seorang puteri menanti sang pahlawan untuk menyelamatkannya. Semua ini berkat Misha.
Dewan Universiti dipenuhi teman-teman lelaki sekoalhku yang berpakaian kot dan tali leher. Yang perempuan pula kelihatan anggun dengan gaun dan tumit tinggi. Dewan pula dihias dengan belon berwarna-warni. Pelbagai jenis makanan tersedia di atas meja. Lampu-lampun neon pula bak warna matahari yang terbenam, seperti waktu senja. Mataku merayap dan ligat mencari-cari kelibat Haziq. Hati ini berasa gelisah. Ke manakah greangannya? Aku ternampaknya berdiri keseorangan di pintu. Inilah masanya. Aku dapat merasa jantungku bagai mahu terputus. Perasaanku tidak tentu. Pernafasanku tidak menentu. Jantungku berdegup dengan lajunya. Aku dapat merasa manik-manik kecil di dahiku. Aku mencapai bahu Haziq...

"Haziq. Ada sesuatu yang harus ku katakan. Sudah lama aku mahu memberitahunya kepadamu. Aku..."
Tiba-tiba,sesorang gadis datang ke arah Haziq. Sebuah kucupan mesra hinggap di pipinya.
"Kenalkan. Ni Nisa, dialah wanita yang ku cintai selama ini. Maaf aku tidak menceritakan tentang dirinya.A ku terlalu khusyuk berbual sampai terlupa mahu bercerit atentang Nisa. Perkenalkan...Nisa..."

Aku tidak percaya kata-kata Haziq itu. Kata-katanya itu bagai pisau yang menusuk jantung hatiku ini. Kata-katanya lebih tajam daripada pisau yang menusuk hati ini. Aku mengambil langkah seribu meninggalkan tempat yang bersejarah itu.

Mataku berkaca. Bagaikan hujan yang membanjiri diriku ini. Hatiku meraung sekuat-kuatnya bagai petir yang menyambarku. Hati yang rajuk ini kian dimamah kecewa. Beginikah rasanya Aiman bila cintanya ku tolak? Aku berlari meninggalkan tempat itu. Tanpa ku sedari, tumit kasutku tersangkut pada longkang di jalan raya. Aku melihat dua biji mata bercahaya menuju ke arahku dengan laju...

*4 Disember 2004*
Kubuka matakan perlahan-lahan. Aku melihat ke kiri dan kananku. Di manakah aku berada? Tiba-tiba muncul seorang gadis dari pintu. Di bajunya ada sebuah nametag-Maria. Siapa Maria? Aku berada di mana sekarang? Aku mahu pulang! Di sudut almari itu, aku melihat Misha. Matanya bengkak,kemerah-merahan dan berair. Kenapa dia menangis? Kenapa kelopak matanya dibanjiri air? Aku cuba bangun untuk menuju ke arahnya. Aku tidak tahu mengapa tetapi aku berasa lemah; macam ada sesuatu yang tidak kena. Aku cuba bangun. Aku menaikkan bantal lalu menyandar ke atasnya. Aku cuba mencapai cermin di atas laci sebelah katilku. Disebabkan jarak yang agak jauh itu, cermin itu jatuh pecah seribu. Aku cuba turun untuk mencapainya tetapi tidak dapat. Aku meraba-raba atas katil. Aku cuma dapat merasakan selimut yang terbentang di atas katil. Jangan..jangan..tidak.. Pertama, Aiman tinggalkan aku. Kemudian,Haziq pun sama. Kini, kakiku pun terpaksa meninggalkkanku? Tidak! Tak mungkin! Inikah balasanku kerana menyakitkan hati Aiman? Kalau ia,kenapa hukumannya berat begini? Mengapa!!!

Aku tidak punyai sesiapa lagi .Ada tak ada, Misha. Tetapi Misha masih muda. Masa hadapannya masih cerah.Sudah tentu dia mahu mendirikan rumah tangganya sendiri. Tidak, aku tidak boleh terus-menerus bergantung kepada Misha. Aku perlukan teman, teman sejati, teman istimewa, Aiman. Panggillah aku gila atau apa. Aku tidak kisah. Aiman,aku perlukan kamu. Aku rindukan saat-saat kita bersama. Aku rindukan tertawanmu, senyumanmu yang menawan itu. Aku rindukan kamu..aku perlukan kamu Aiman...

"Pergilah cari Aiman untukku Sha. Itulah permintaan terakhir akak. Tolonglah Sha. Kaulah satu-satunya dapat kakak menanggung harapan atas setelah emak dengan ayah pergi. Tolong kakak ya dik?"

Pelbagai cara telah Misha cuba untuk mencari Aiman. Ke rumahnya, keluarganya kata dia sudah ke luar negara.Temannya kata dia tidak akan balik dalam masa yang terdekat ini. Aku hampa,kecewa dan kesal.

5 tahun kemudian...

*7 Mac 2009*
Misha sudah pun berumah tangga.Dia mempunyai seorang putera dan seorang suami yang sangat mencintainya.Sementara aku pula, kehidupanku terkongkong atas kerusi roda. Tidak bebas. Aku tidak lagi macam burung helang dan berjalan ke sana ke sini. Aku takut menghadapi realiti.

Jam menunjukkan 9.30 pagi. Penerbangan dari Singapura ke Melbourne sudah pun sampai. Sehingga sekarang, Misha yang menanggungku. Aku malu. Sepatutnya dia harus menguruskan suaminya; bukan kakaknya yang sudah tidak ada gunanya lagi. Aku, Misha, dan putera Misha, Hanif, menghantar Alif, suami Misha, ke lapangan terbang yang akan berlepas ke Amerika untuk bekerja.

Aku ternampak sebuah kedai cenderamata di situ. Kedainya nampak menarik. Ada pelbagai perhiasan. Pena rupa Merlion ada. Baju yang dicetak nama Singapura pun ada.K edai seperti itu tidak pernah tidak aku kunjungi. Ada sahaja akan kubeli sekiranya ada kedai cenderamata. Ada sesuatu benda kilauan yang menangkap perhatianku. Bukan intan, emas atau permata .Tetapi sebuah snow globe. Salji di dalamnya pasti menari-nari jika aku menggoncangnya. Isi di dalamnya merupakan sebentuk hati, dan sebatang kunci yang terkunci di dalamnya. Sungguh indah dan cantik. Sekiranya aku masih bermaya, masih berkaki, sudah tentu aku akan mencapai untuk mengambilnya.

"Mari,biar saya ambilkan awak"

Seseorang lelaki menghulurkan bantuan untuk mengambil snow globe kepadaku.]

"Terima kasih",ucapku,bersyukur kerana ada insan murni telah menolongku insan kecil sepertiku ini.

Dua pasang mata bertentangan. Aku terdiam seribu bahasa .Jantungku bagai terhenti seketika. Kelopak mataku mula dibanjiri air. Titis demi setitis mengalir dari mataku. Badanku mula menggeletar dengan sendiri. Sebak di dada dengan tiba-tiba terlepas daripada kawalanku.Aiman sudah pulang.

Aku tidak dapat kawalkan diriku.Bagai hujan yang tidak berhenti, begitulah air yang keluar daripada mataku. Aku mengoyang-goyangkan bahu Aiman. Kenapa dia tidak pulang? Tetapi siapalah aku? Apakah hak aku untuk menanyakan semua itu?

"Aku sangkakan kau dan Haziq sudah berumah tangga. Aku tidak mahu kehadiranku mengganggu ketenteraman keluargamu."

Ku meraung. Seperti mahu dilepaskan daripada sesebuah seksaan. Rupa-rupanya Aiman tidak pulang kerana dia sangkakan aku sudah berkeluarga, sudah bergembira.

"Aiman, maafkan aku Man. Aku tau aku tidak ada hak untuk meminta maaf. Tetapi aku tidak pernah bernikah dengan Haziq. Aku tidak pernah gembira selama 5 tahun engkau tidak bersamaku. Aku malu, malu! Aku minta maaf. Selama 5 tahun aku menanti kepulangan kau untuk memberitahu yang aku sedar, bahawa engkaulah yang sebenarnya ku cintai, bukan Haziq. Tetapi aku tidak dapat menghubungimu.5 tahun Man, 5 tahun..."

Aiman terjelepok di lantai. Tangannya yang hangat itu memegang jari-jemariku yang halkus. Dia kemudian mendekatkan dirinya; lalu berbisik padaku...

Lautan api...
Akanku tempuhi demi cintamu...
Pintu cinta...
Diketukmu dalam kehidupanku...
Mahligai kasih...
Kanku bina dan dirikan bersamamu...
Bunga hati...
Kan ku persembahkan dan kukalungi pada dirimu...
Irama rindu...
Terngiang-ngiang hanya buat telingamu...

Akhirnya Fatin mendirikan mahligai indah berumah dengan Aiman. Mereka mempunyai seorang puteri yang sedang tidur lena di katilnya. Namaku Nur Fatin Kamarudin, dan aku sedang menanti kepulangan suamiku, Aiman .Inginku bersalam dan mencium tangannya sempena lebaran ini,meminta maaf dan menebus segala dosaku.

Laungan takbir di madrasah telah menyedarkanku daripada lamunan. Sesungguhnya, peristiwa yang telah berlaku dahulu masih indah di ingatanku. Tanpa ku sedari, setitis demi setitis air mataku jatuh ke bumi...

Ira Syafinaz Bte Ishak
Menengah 4 Emerald
Sekolah Menengah Dunearn

No comments: