Thursday, July 24, 2008

Aku Insan Yang Setia

Aku Insan Yang Setia


Mencintaimu seumur hidupku

Selamanya setia menanti


Lagu Kris Dayanti, Mencintaimu, terngiang-ngiang di cuping telingaku ini. Sambil mengusap-usap rambut suamiku yang tersayang, Afiq, aku memerhatikan kedua-dua anakku yang sedang tidur nyenyak. Sambil memerhatikan sekeliling kamarku, aku terpandang potret yang tergantung di kamarku, hatiku terasa pilu dan tanpa kusedari air mataku jatuh menitis bagaikan hujan yang tidak henti mencurah. Potret itu adalah potret ibu dan ayahku yang telah lama menyahut seruan Illahi. Ibu bapa yang kurindui, ibu yang kusanjungi dan ayah yang kuhormati. Masih lagi terbayang di mataku peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Ketika itu aku berumur 23 tahun...


Tanpa arah tujuan, aku melangkah keluar dari Zouk, menghirup udara berhabuk dan getir Kota Singa. Kawan-kawanku sudah lama meninggalkanku. Guruh mula berdentum. Angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa menaikkan bulu romaku. Malam ini akan berlakulah sebuah lagi banjir kilat sangkaku. Dengan tidak semena-mena, aku sudah dibasahi dengan siraman pertama yang menitis ke bumi. Habis basah kuyup pakaianku! Aku terpaksa mencari tempat berteduh. Di depanku, bangunan MRT Raffles Place seakan-akan tidak lut dengan hentaman H20 yang mulai menjunam terus-menerus di permukaan bumi ini. Aku terus berlari menuju ke situ. Aku memeluk tubuhku, menggigil kesejukan, sambil teringatkan katilku di rumah yang panas dan empuk. Tiba-tiba, seseorang menepuk bahu kananku...

“Dah, lama menunggu?”


“Oh, kau rupanya, Iqtika,”balasku.


“Eh, maaflah, tadi lalu lintas sesak lah,” katanya dengan selamba.


“Tak apalah,Ika mari kita pergi” jawabku ringkas.


“Sabar lah, Ira. Aku nak jumpa kawanlah,”jawabnya.


Aku cuma dapat mengeluh sambil menggigil kesejukan. Sambil kucuba untuk memanaskan tubuhku, aku terlihat Iqtika melambai-lambai ke arah seseorang lelaki.

Kacak juga dia ni, “hatiku berbisik.

Aku melirik mata nakal ku ke arah jejaka tersebut dan dia membalasnya dengan senyuman yang manis sekali. Tidak perlu kuberbisik kepada Iqtika supaya mengenalkanku kerana jejaka itu telah pun bertanya namaku. Tidak perlu untuk aku memanaskan badanku lagi, kerana hatiku dan tumpuanku hanya tertumpu kepada jejaka yang bernama Afiq. Kami bertiga berbual mesra dan sebelum aku pulang ke rumah, sempat juga kami bertukar nombor telefon.


Aku seperti berada di awang-awangan apabila Afiq menelefonku dan mengajakku untuk keluar. Perasaan gembira yang teramat sangat menerkam kalbuku. Apabila Afiq melafazkan cintanya kepadaku, bunga-bunga cinta yang layu, kembali mekar dan mewangi. Akhirnya dia memberitahuku, hasratnya untuk memperisterikanku. Aku menerima lamarannya dengan penuh kegembiraan. Setibanya di rumah aku memberitahu perkara itu kepada orang tuaku.


“Tidak!!! Mustahil !” herdik ayahku. Ibuku hanya menjeling.


“Kenapa ayah, ibu ?”Aku bertanya dengan nada sayu.


Kau kenal budak Afiq tu tak sampai sebulan, dah nak kahwin!” sindir ayahku.


“Apa masalahnya ayah? Bukan ibu atau ayah yang nak kahwin! Ira yang nak kahwin! Ira kenal dia satu harikah, seminggukah, sebulankah Ira punya pasallah!!”Aku menjerit kembali.


“Anak tak kenang budi!!! ”jerit ayahku sambil melepaskan lima bukunya ke mukaku yang lembut dan gebu.


“Ira kau ni betul melampau tau!” Ibuku berkata dengan nada marah.


“Ayah dan ibu tak faham Ira. Kalau boleh, Ira nak keluar dari rumah hari ini jugalah!!” jeritku melepaskan geram.


“Berambus kau dari rumah ini dan jangan kau jejakkan kaki kau di rumah ini lagi. Aku haramkan!!”jerit ayahku.


Aku pun mengemas kain bajuku dan terus berlari dari rumah bak neraka itu. Aku fikir itulah caranya bagi aku untuk menikmati kebahagiaan hidup. Aduhai, betapa besar silapku itu. Beberapa hari kemudian, aku pun berkahwin dengan Afiq. Walaupun aku diwalikan oleh ayah saudaraku, aku tidak peduli kerana di mataku hanya Afiq seorang.


Aku ingatkan panas sampai ke petang tetapi rupa-rupanya hujan di tengah hari. Afiq telah mula berlaku curang dan selalu balik lewat malam. Dengan izin Allah s.w.t. , dia telah membuat aku sedar siapakah Afiq sebenarnya. Pada suatu petang, aku balik cepat kerana tubuhku tidak berapa sihat. Tapi aku singgah di sebuah taman yang sunyi untuk merehatkan kepalaku itu. Tiba-tiba, di depan ku, aku ternampak sepasang kekasih. Hubungan mereka sangat intim. Mereka sedang bercumbuan, berpelukan dan bermesra-mesraan. Apabila aku lihat dengan lebih teliti, pasangan itu amat kukenali. Ya Allah!!! Meraka adalah Iqtika kawan karibku dan Afiq, suamiku.

Jijik!!! jerit hatiku. Aku hampiri pasangan tersebut.

“Sampai hati kau, Fiq, buat aku, isteri kau macam begini!!!” Aku berkata, bila tiba di hadapan mereka,dengan nada sayu.

Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihatku. Aku terus berlari meninggalkan mereka. Aku terdengar suara Afiq menjerit namaku tetapi aku tak mengendahkan. Aku terus melarikan diri daripada realiti yang sukar untuk kuterima. Secara tiba-tiba, aku terlihat sebuah kereta memecut laju dihadapanku. Adakah di sini berakhirnya hidupku? Tiba-tiba aku terasa kasar menolakku ke tepi dan aku terjatuh ke bumi. Kereta yang memecut laju tadi telah terbabas dan bertembung dengan sebuah lori. Aku menoleh untuk mengetahui gerangan orang yang menolongku. Aku terperanjat melihat suamiku Afiq terbaring kaku bermandikan darah. Kereta yang terbabas tadi kuamati dengan teliti, Kereta tersebut seakan-akan aku kenali. Tetapi kereta siapakah itu? Rupa-rupanya kereta tersebut kereta ibu dan ayahku. Aku pun berlari ke arah mereka. Betul sangkaan ku. Itu ialah kereta ibu bapa ku. Aku melihat tiga orang yang amat ku kasihi terbaring kaku.

“Tidak!!!!!”jeritku. Susah bagi ku untuk menerima ini. Kemudian kegelapan menyelubungiku.

Apabila aku tersedar aku dapati aku berada di rumah sakit. Aku bertanya kepada jururawat di situ, bagaimana keadaan ibu bapaku. Dia berkata bahawa mereka telah pun meninggal dunia di tempat kejadian dan telah pun dikebumikan. Dia memberikan ku sepucuk surat yang ditulis oleh ibu dan ayahku.


Kepada Anakanda,Umaira,


Bonda dan ayahanda sangat merinduimu sayang. Bonda dan ayahanda sungguh menyesal kerana telah menghalau anakanda dari rumah. Agaknya, apabila anakanda menerima dan membaca warkah ini, bonda dan ayahanda telah pun pergi menyahut seruan Illahi. Janganlah anakanda tangisi atau menyesal atas pemergian kami. Ingatlah kita cuma memilih, Tuhan yang menentukan sayang. Bonda dan ayahanda telah pun memaafkanmu dan merestui perkahwinanmu. Kami akan tetap menyayangi mu sehingga akhir hayat.


Yang menyayangimu

Bonda dan ayahanda

Hatiku perit bagai ditusuk-tusuk sembilu. Sebak di dadaku tidak dapat ku tahan lagi. Aku meraung-raung dan meronta kerana tidak boleh menerima hakikat tersebut. Aku mempunyai harapan iaitu Afiq. Walaupun aku masih marah dengan perbuatannya, dia telah menyelamatkan nyawaku dan lagipun isteri mana yang tidak sayangkan suami.Tapi apabila jururawat itu memberitahuku bahawa Afiq telah lumpuh separuh badan, harapanku berkecai dan hancur lebur bak kaca terhempas ke batu. Tapi jururawat itu juga memberitahuku bahawa dalam kesedihan dan penderitaanku ada juga harapan untuk kuhidup iaitu anakku. Aku terperanjat bila diberitahu bahawa aku mempunyai anak kembar dan kandungan ku sudah pun 3 bulan.


Aku bergegas ke wad Afiq. Afiq terlantar di atas katilnya kelihatan tidak bermaya.


“Fiq, jangan bersedih lagi lah sayang”ujarku.


“Ira, tak malukah, ada suami cacat seperti, Fiq, ” katanya sayu.


“Tidak Fiq, kasihku kukuh bagai disimen kesetiaan. Akan ku junjung piala kasih sayang kita,”ujarku lembut.


“Ira, boleh maafkan Fiq” tanyanya sayu.


“Ya, Fiq, ubatilah segugus kasih yang luka, pulangkanlah secebis kasih yang tercicir”ujarku sayu.


“Terima kasih, sayang,” katanya.


“Bersemangatlah untuk Ira dan anak kita,” ujarku sambil mengambil tangannya dan meletakkannya di perut ku.


Mukanya yang sayu berubah kembali ceria dan aku lihat beberapa mutiara jernih mengalir di pipinya. Air mata seorang bernama pahlawan.


Lamunanku tersentak oleh tangisan anakku Shafiq. Aku mengesat air mata dan bergegas ke arah Shafiq. Apabila dia diam kembali, aku melihat di luar jendela. Kini, aku sudah pun menanggalkan terus pakaian yang bernama amarah itu dan menggantikannya dengan apa yang diberi nama ketabahan.

Hatiku bermonolog sendirian...


Di kala ketandusan,

Kau tegal berdiri.

Di kala kegersangan,

Kau mara bak wirawati.

Bagai sekuntum mawar,

Mekar melati

Beronak dan berduri

Tetap mulus dan suci.

Kesempurnaan yang hakiki.


Telapak ibu gerangan syurga

Dalam tasbih keimanan

Dalam sujud kesyahduan

Wujudlah lambang kesempurnaan

Yang terunggul

Itulah dirimu, ibu dan ayah tercintaku


Nur’Ain Bte Zahar

Menengah 3E3

Sekolah Menengah Dunearn

No comments: