Thursday, July 24, 2008

Dendam Semalam

Dendam Semalam


Warna senja mulai memamah suasana. Butir-butir bintang yang masih menghiasi dada angkasa mengerdip cantik. Sang awan menitis air matanya lalu menghembuskan nafasnya. Hembusan angin senja bagaikan menyanyi lagu rindu yang membawa bersamanya kenangan-kenangan silam. Pandanganku tertancap ke arah potret keluargaku yang tergantung di dinding. Dari wajah-wajah mereka terpancar kegembiraan. Pandanganku tertumpu ke arah gambar seorang bayi mungil dan comel. Senyuman mesra terukir di bibirnya. Tetapi di sebalik wajah yang ceria tersembunyi seribu rahsia dan gelora sebuah sandiwara rumah tangga.

Menyingkap kembali tirai silam, aku terasa rindu berbaur dendam. Aku cuba menepis-nepis ingatanku terhadap orang tuaku tetapi kotak fikiranku tidak mampu berbuat begitu. Kenangan pahit, manis, suka dan duka bermain dalam tinta memoriku.

Setiap kali aku lihat rakan-rakanku bermesra bersama keluarga mereka, hatiku seperti ditusuk duri. Aku ingin sekali bertemu dengan kakak dan abangku, tetapi aku tahu aku tidak akan kenal mereka kerana sudah lebih sepuluh tahun mereka lari dari rumah kerana sering dipukul bantai oleh ayah. Sekarang, aku hanya ada potret keluarga sebagai kenangan. Wajah-wajah mereka yang ayu telah pun pudar dari memoriku. Begitu juga dengan harapan bahawa putik-putik kemesraan akan dapat menebarkan keharuman kasih sayang yang mampu melembutkan hati-hati yang luka.

Kegarangan matahari amat memeritkan kulitku.B intik-bintik peluh bercambah di tubuhku disebabkan kepanasan. Tubuhku masih lemah oleh beban ngantuk semalam. Dadaku yang rapuh kutekan dengan telapak tangan, meskipun tanpa daya. Aku terdengar tikaman lidah keris ibu dan ayah yang mendera, lalu membisik dalam hati, “Ya Allah, kuatkanlah azanku untuk menghadapi dunia yang akan memerah darah dan keringat sebelum ia merelakan kejayaanku.” Apabila sampai sahaja di depan pintu, hatiku berkocak. Ayah bagaikan gunung berapi pendam, yang akan meletus, mengalirkan lava bila-bila masa sahaja.

“Mana kau pergi? Sudah pukul berapa sekarang?” Ayah menyergahku dengan nada yang keras.

Aku lihat jam tanganku dan menjawab, “Saya ada di sekolah, baru pukul tiga petang.”

Sini kau, berani kau menjawab eh!”

Langkah ayah memanjang dan tangan kematunya terangkat tinggi dan melayang menampar pipiku. Panas relung dadaku bagaikan terbakar, kebencian hatiku memuncak sekali. Kebencian ayah terperi jelas dalam ingatanku. Aku terus masuk ke dalam kamarku dan mengunci pintu. Bekas tapak tangan masih terlukis di pipiku. Memang tidak ada gunanya untuk membuat apa-apa. Aku sudah biasa dengan lakonan mereka berdua. Terdapat banyak bilai di kaki dan tanganku. Jika rakan-rakan aku bernanya, aku kata aku terjatuh kerana aku tidak mahu orang lain tahu tentang hal-hal peribadi keluargaku. Aku malu.

Rasa gelisah menjamah hatiku, resah dan gusar silih berganti. Petang ini petang Raya dan orang tuaku bergaduh. Hari Raya adalah hari yang begitu gembira bagi ramai orang tetapi aku dilanda derita. Aku tidak mahu menitiskan air mata kerana aku mesti menempuh segala dugaan yang kualami dengan penuh ketabahan.

Segugus nafas berat dileraikan dari dadaku. Seluruh tubuhku terasa lemah, sendi-sendi anggotaku terasa kejang. Jiwa dan ragaku bagaikan diguris sembilu. Naluriku berkata, “tak ingin tahan lagi”. Kakak-kakakku tidak boleh disalahkan kerana melarikan dari rumah. Tiada sesiapa yang boleh faham apa yang aku rasakan. Aku membuat keputusan untuk mencoretkan sepucuk surat untuk orang tuaku.


Ayahanda,

Pertama sekali, anakanda ingin ayahanda tahu bahawa anakanda tidak menyesal keputusan anakanda. Anakanda tidak tahu agar kata-kata anakanda akan melukakan hati ayahanda. Anakanda hanya ada satu kesalan, anakanda kesal tidak membuat keputusan ini dahulu lagi.


Ayahanda,

Anakanda faham jika ayahanda tidak merestukan pemergian anakanda. Anakanda telah cuba tabahkan diri anakanda, tetapi insan ini telah cukup diseksa. Anakanda bukan anak kecil lagi dan anakanda tahu tentang risiko-risiko yang anakanda ambil. Anakanda harap agar ayahanda sematkan kata-kata ini di dalam hati ayahanda.


Bonda dan ayahanda,

Ingatku dalam doamu, doamu harapanku.


Yang menderita,

Leo.


Selepas menulis surat itu, aku mengemaskan baju dan barang keperluan ke dalam beg aku. Mataku terpaku pada potret keluargaku lalu masukkannya ke dalam beg. Ia sesuatu lambang harapan kepadaku. Aku lihat jam,ia pukul sebelas malam. Ibu dan ayah telah pun tidur. Aku tinggalkan suratku di atas katil dan keluar dari rumahku. Apabila aku menjejak keluar, bunga kasihku gugur ke kaki. Air mata menitis dari kolam mataku. Hatiku melonjak gembira. Kuntum kegembiraan mengembang di hatiku sekaligus menghalau debaran yang memukul dada.


Aku menelefon rakan baikku untuk memberitahunya apa yang aku telah lakukan. Dia mempelawaku tumpang dirumahnya untuk sekarang. Aku terima pelawaannya kerana aku tiada mana lagi untuk pergi. Kepalaku berdenyut-denyut dan perutku berombak-ombak kecil apabila aku tiba di rumah Zai. Dia telah menyediakan tilam untukku dan tubuhku rebah bagai pohon pisang ditebang.

Untuk beberapa tahun aku menumpang di rumah Zai. Aku mencari kerja untuk tolong bayar persewaan rumah. Ibunya telah pun anggap aku sebagai seorang anaknya sendiri dan mencurahkan kasih saying padaku. Tetapi ia bak pepatah “daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga.” Dahan-dahan kerinduan mulai bertunas secara tiba-tiba di teratak hatiku. Perasaan gembiraku hilang bagai embun di pancar sinaran matahari. Hatiku ketandusan kasih sayang daripada ibu dan ayahku sendiri. Aku mahu di cium dan di peluk oleh ibu dan ayah sendiri bukan ibu orang lain.

Hari Raya Aidilfitri telah menjelang lagi. Aku amat berterima kasih kepada zai dan ibunya, te ta pi au ingin jumpa dengan orang tuaku. Selepas sembahyang Raya, aku pulang ke rumah orang tuaku. Debaran jantungku tidak menentu bersatu bersama-sama alunan amosi yang meresahkan. Apabila tiba di depan pintu rumah tersebut, aku berjalan mundar-mandir dengan semacam kebimbangan tercermin di wajahku yang lesu. Aku berasa cemas dan bimbang bagaikan tidak mengenali diam dan tenang. Aku mengumpul keberanianku lalu mengetuk pintu rumah dengan ucapa “Assalammualaikum”. Seorang wanita yang tidakku kenal membuka pintu.


“waalaikumsalam,Selamat Hari Raya. Boleh saya tolong?” sambut wanita itu.


Aku tergamam. Suaraku tersekat dalam tekakku. Siapa wanita ini?


“Erm,boleh saya tolong?”Tanya dia lagi.


“Awak tinggal di sini?” aku bertanya.


“Ya, saya tinggal di sini bersama suami saya.”


“Boleh saya tahu apa jadi dengan tuan rumah sebelum awak?”


“Mereka berdua telah meninggal dunia.Kenapa awak Tanya?”


Aku mendengar kata-katanya tetapi aku tidak percaya. Kata-katanya memukul-mukul gegendang telingaku. Jiwaku dibungkus kesedihan, Air kesedihan mengalir deras dari sungai hatiku yang sayu dan hiba. Aku cuba dengan kuat untuk menahan air mata itu daripada keluar tetapi benteng itu pecah juga. Aku merasakan panas air mata jatuh ke dada. Setiap linangan air mata membawa makna yang luka dirantai lara. A ku cuba senyum supaya wanita itu tidak terkejut, namun senyumanku tidak dapat menutup mendung yang menyeliputi wajahku.


Kamu anak mereka ya?”


Aku tidak mampu menjawab soalan itu. Batinku mahu menjerit kepadanya bahawa khabar yang baru disampaikan telah benar-benar menghancurkan hatiku. Aku terangguk-angguk tetapi baying-bayang kesedihan dan kepiluan tercalit da wajahku.


“Oh,maafkan saya,tetapi setahu saya, mereka tidak mempunyai anak”


Aku memaksa diriku untuk menelefon makcikku untuk mendapat tahu di mana ibu dan ayah dikebumikan. Selepas itu, aku menaiki teksi ke PusaraAman dan berhadapan dengan pusara orang tuaku. Bibirku kering mengupas, serpihan rindu bertaburan di pusara yang sepi itu. Lututku kaku lalu aku terjatuh. Sekujur badanku tersandar lesu tanpa gerak sebelah nesan ibuku. Aku teringat lagu “Musafir da Aidilfitri” nyanian S.Jibeng. Ibu selalu menyanyikan lagu ini, inilah lagu kegemarannya. Aku masih boleh mendengar suaranya yang merdu mendayu bernyanyi di dalam kepalaku.


Pusara ayah dan juga ibu

Dipagi Raya hamba kunjungi

Dengarlah ini ratapan anakmu

Hamba musafir di Aidilfitri…”


Allah telah merampas mereka daripadaku sebelum aku boleh meminta maaf. Tiadaku sangka Kau sungguh kejam, Kau ragut degupan hatiku ini. Andaiku bias merubah segalanya, hingga tiada yang terluka… tapi tak mungkin, aku tak berdaya. Aku mengesat air mataku di pipi tetapi air mataku masih terjatuh ke tanah. Kekesalan hatiku terhadap ayahku begitu bertubi-tubi datangnya. Sedih yang terlalu sukar nak dihapuskan menembusi perasaanku, hanya yang mengerti sahaja yang mengerti sahajalah yang dapat meneroka betapa hancurnya hati ini. Aku berasa sengsara dan merana dalam dunia fana ini yang kemuncak kemusnahan. Ibu dan ayah telah menyahut seruan Illahi dan kembali ke Rahmatullah.

Tiba-tiba ada orang menepuk bahuku. Apabila aku toleh, ternampak beberapa orang di belakang.

“Boleh tumpang Tanya?kenapa kamu nangis di pusara ibu dan ayahku?” Tanya seorang wanita.

“Natasha?” bisikku, dengan tidak berani mengharapkan apa-apa.

“Leo?” tanya wanita itu dengan perlahan.

Hatiku terloncat. Baru aku sedar bahawa air muka tiga wanita itu mirip dengan wajahku. Mata mereka bebola coklat yang berbayangan kerinduan dan kesedihan. Aku telah bertemu dengan kakakku setelah sepuluh tahun kami terpisah. Aku keliru. Allah telah merompak ibu dan ayahku tetapi. Dia telah menyatukan aku dengan keluargaku yang lain. Jiwaku penuh dengan perasaan yang aku hanya mampu bermonolog bersendirian.


Jiwa yang kehampaan tiada lagi bermaya

Kini kehilangan sebuahharapan

Adakah mungkin untukmu menghindari

Gurisan kasih luka di hati?


Di dalam rindu ku menangis

Di dalam kalbu ku terasa

Teringatmu di kala derita

Yang memisahkan kita.


Di dalam sendu ku berseru

Yang terukir di hatiku

Biar sahaja yang dulu pergi

Yang baru akan mengganti.


Terpaksaku menelan sisa pahit kehidupan ini.


Danial Irsyaddudin

Menengah 4E2

Sekolah Menengah Dunearn


No comments: