Monday, July 21, 2008

Dinamika Ilmiah

Bismillah Hirrahman nirrahim
Assalamualaikum wr. wbh
Selamat Sejahtera guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita telah berjaya menerbitkan blog yang sensasi dan berinformasi tinggi, Eksplorasi Kreatif. Sesungguhnya demikian, dalam suasana negara dilanda ancaman demam denggi dan keganasan serta menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, namun dengan adanya daya usaha, semangat dan komitmen yang sentiasa tersemat di hati guru-guru, pelajar-pelajar serta dorongan dan sokongan padu dari semua pihak, maka terbitlah blog ini. Kandungan yang termuat dalam blog ini merupakan paparan karya-karya terbaik pelajar menengah atas dari Sekolah Menengah Dunearn. Segala karya kreatif dan ilmiah diabadikan untuk menjadi tatapan kita bersama.

Dengan kesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada sidang pengarang blog ini. Mudah-mudahan segala catatan yang dimuatkan akan dapat mendorong semua yang terlibat khususnya para pelajar memperbaiki mutu penulisan masing-masing. Juga diharapkan blog ini dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar Dunearn untuk mengetengahkan bakat dalam bidang penulisan agar ianya dapat dimanfaatkan oleh rakan-rakan pelajar yang lain. Saya yakin penerbitan blog ini boleh membantu memperkembangkan potensi individu dan kumpulan secara menyeluruh untuk mewujudkan pelajar yang berilmu dan arif budiman. Insyaalah saya percaya segala cita-cita yang digemblengkan dengan usaha gigih akan membuahkan hasil yang sama-sama kita idamkan.


Sekian, Terima Kasih

Cikgu Supandi Bin Djoeraemi
Ketua Jabatan Bahasa Ibunda
Sekolah Menengah Dunearn

“Pendidikan bukannya umpama mengisi air ke dalam timba, tetapi mencetuskan sekuntum api”.


No comments: