Thursday, July 24, 2008

Senandung Hati Duka

Senandung Hati Yang Lara


Sang mentari yang tadinya memancarkan sinarannya sudah hampir terbenam di ufuk barat. Balqis termenung sendirian di tepi jendela di dalam kamar beradunya. Fikirannya menerawang jauh mengimbas segala kenangan yang tidak akan dapat luput dari kotak mindanya. Hujan senja yang turun bersama angin kencang bagaikan singgah di jendela kaca menjadikan hatinya bertambah sayu. Dada langit yang berwarna lazuardi kemudiannya betukar wajah kepada warna khimizir dan akhirnya menyerkup dada alam. Kedengaran sayup-sayu lagu kegemaran Balqis di ruang yang sepi mengusung perasaannya menjadi lebih gundah-gulana. Lagu yang selalu membuaikannya ke dalam alam khayalan ialah “Hati Yang Terluka” dendangan Broery Marantika…


Kau yang telah membuat luka dihatiku,

Kau yang telah membuat janji-janji palsu,

Kau yang selama ini aku sayangi,

Oh, kau merubah cintaku jadi benci…”


Balqis. namanya amat sesuai dengan orangnya yang menawan. Setiap jejaka yang memandangnya akan terpikat dengan kejelitaan dan kelembutan wajah Balqis. Ibu bapanya amat beruntung kerana mempunyai cahaya mata yang bernama Balqis kerana dia bukan sahaja jelita, dia juga seorang anak yang baik budi pekertinya dan amat cerdik. Balqis amat disayangi dan dikasihi oleh ibu bapanya kerana dia adalah satu-satunya zuriat mereka. Dia tidak suka membebankan ibu bapanya dan selalu berusaha dengan gigih untuk memperolehi yang terbaik untuk masa hadapan.


Balqis baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat universiti seminggu yang lalu. Hatinya diselubungi semacam kegembiraan yang tidak terkata kerana dia akhirnya dapat mencapai cita-citanya hasil titk peluhnya sendiri. Balqis sedang berjalan-jalan di daerah kota berseorangan apabila seorang jejaka telah melanggarnya dengan tidak sengaja. Kedua-duanya jatuh dan mengaduh kesakitan. Jejaka itu dengan pantas menolong Balqis untuk bangkit semula. Senyuman Balqis mengembang ke seluruh muka dan jejaka itu meminta maaf ke atas kealpaannya. Jejaka itu memperkenalkan dirinya dan mereka saling mengenali sejak dari insiden itu.


Balqis telah menceritakan tentang pertembungan yang tidak disengajakan itu kepada ibunya, Puan Laila. Ibunya risau tentangnya kerana Balqis harus berhati-hati dengan jejaka yang bernama Behzad itu. Behzad…jejaka yang telah menambat hati Balqis kerana ketampanan dan keprihatinnya. Itulah satu-satunya nama yang terukir di hati dan jiwa Balqis. Tidak pernah dia merasakan perasaan cinta yang amat mendalam kepada mana-mana lelaki yang pernah wujud di dalam hidupnya. Semenjak insiden itu, Behzad telah menghubungi Balqis berkali-kali dan teranyamlah bibit kasih menjadi bakul percintaan. Behzad tidak dapat menghapuskan diri Balqis dalam fikiran dan hatinya. Semakin dia ingat, semakin memuncak rindunya kepada Balqis. Ibu Balqis telah menjemput Behzad untuk makan malam bersama pada suatu hari. Ibunya kelihatan curiga dan was-was dengan penampilan Behzad.I bunya merasakan bahawa ada sesuatu yang berbeza tenteang Behzad. Namun, ibunya menyimpan segala apa yang terbuku di hatinya sehinggalah dia mendapat tahu siapakah Behzad sebenarnya.


Cinta telah membutakan mata, hati dan jiwa Balqis. Dia lebih mementingkan Behzad daripada ibu bapanya sendiri. Dia akan meluangkan masa yang lebih bersama Behzad. Dia akan selalu berada di luar dan jarang sekali berada di rumah. Puan Laila berasa tidak tenang. Balqis telah keluar dari rumahnya pada suatu malam pekat biru tanpa meminta izin daripada ibu bapanya. Kapal kesedihan ibu Balqis berlabuh di sungai hati kerana menyedari akan kelakuan anak gadisnya yang tidak menghormatinya.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi dentuman yang amat kuat berdekatan kawasan perumahan Balqis. Puan Laila bangkit dengan segera dan bergegas keluar dari halaman rumahnya disusuli oleh bapa Balqis. Degupan jantung yang tidak menentu bersatu bersama-sama alunan emosi yang meresahkan.


Kekecewaan yang bersarang di dada Puan Laila kian menyebakkan jiwa raganya. Air mata kesedihan mengalir deras di sungai hatinya yang sayu dan hiba. Bahu Puan Laila terenjut-enjut dan hatinya terus berkocak. Sekujur tubuh terlantar bermandikan darah di hadapan Puan Laila. Jiwanya dibungkus kesedihan memandang Balqis terbaring di jalan raya bagai nyawa-nyawa ikan. Seorang saksi telah menelefon ambulans untuk meminta bantuan kecemasan. Ibu Balqis hanya dapat berdoa kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa supaya dapat memberi peluang kedua kepada Balqis untuk meniti hari yang lebih bermakna.


Masa merangkak lalu. Namun, Balqis masih lagi di dalam bilik rawatan kecemasan. Hati ibu bapa Balqis dipalu gelisah menanti anakanda mereka. Jam berdetik tepat pukul dua belas tengah malam. Doktor yang merawat Balqis pun keluar dari wad kecemasan dan memberitahu kedudukan Balqis. Mereka diberitahu bahawa keadaan Balqis sudah stabil tetapi dia memerlukan istirehat yang mencukupi. Puan Laila amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana telah menyelamatkan puterinya. Balqis terpaksa tinggal di hospital kerana kecederaannya yang parah.


Balqis menangis bagaikan hujan air mata membawa makna yang luka. Sudah tiga minggu,dia berada di hospital itu, namun, Behzad tidak sekali pun mahu menjenguknya walaupun Behzad telah diberitahu akan keadaan Balqis yang lemah.Tangkai kasihnya terhadap Behzad patah namun kasih ibunya tetap berbunga sepanjang musim walaupun dia telah meruntunkan perasaan ibu bapanya. Malu… Balqis amat malu dengan dirinya sendiri. Dia memaki-hamun dirinya di dalam hati kerana telah lalai menjadi anak yang solehah. Dia tidak sangka cintanya dijerut dengan tali kepalsuan.


Lamunannya tiba-tiba tercantas apabila hujan malam yang lebat dan berangin amat kencang menusuk ke kalbunya. Dua tahun sudah pun berlalu. Meskipun kini Balqis keseorangan namun, dia amat besyukur kerana mempunyai ibu bapa yang masih mahu menerimanya dan menyayanginya seperti dahulukala. Ketabahan yang dibekalkan Allah telah menguatkan dirinya untuk mengharungi saat-saat yang getir sepanjang perjalanan hidupnya. Hatinya masih terkunci untuk dapat menerima mana-mana pria yang cuba mengetuk pintu hatinya yang masih berparut akibat luka yang lalu. Balqis menatap diarinya dan membaca apa yang telah ditulisnya yang lahir dari sanubarinya…


Behzad Yang Tersayang,


Hatiku hancur mengenang dikau. Pedih…amat pedih sekali bagaikan ditusuk pisau yang tajam.Air mata jatuh bercucuran merobek-robek hatiku yang penuh duka lara. Tidakku sangka kamu sangup meninggalkanku sendiri…menanti cinta palsu…yang telah membutai hatiku dan mataku. Kau memang tidak layak untuk memiliki diriku apalagi untuk menerima cintaku. Tiada maaf bagimu Behzad. Selamat tinggal. Akanku hapus dirimu di dalam diari memoriku buat selamanya…”


Aku Yang Duka lara,

Balqis


Siti Nurlia

Menengah 3E4

Sekolah Menengah Dunearn

No comments: