Monday, July 21, 2008

Punca-Punca Masalah Seks Rambang dan Kesan-Kesannya

Dalam era globalisasi ini, masalah seks rambang semakin bermaharajalela seperti virus yang merebak. Bilakah putaran ini dapat dihentikan? Mengikut statistik yang disiarkan oleh Berita Harian beberapa bulan yang lalu, kira-kira empat ratus remaja Melayu Islam telah menggugurkan bayi. Persoalannnya, apakah punca-punca yang menyebabkan masalah seks rambang? Adakah masalah ini disebabkan oleh kepincangan institusi keluarga ataupun sikap individu itu sendiri? Apakah kesan-kesan yang akan timbul daripada masalah ini? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini? Mari kita menganalisa faktor-faktornya satu-persatu.

Faktor pertama yang menyebabkan masalah seks rambang ialah kepincangan institusi keluarga. Ada remaja-remaja sekarang yang tidak menerima secukup perhatian daripada ibu bapa mereka. Mereka akan cuba mendapatkan perhatian daripada rakan-rakan mereka pula. Ada juga ibu bapa yang kurang mengawasi tingkah-laku anak mereka. Akibatnya, anak-anak mereka akan menjadi liar dan tidak akan mengendahkan kata-kata atau teguran ibu bapa mereka. Ibu bapa remaja-remaja ini mungkin juga terlalu taksub mengejar harta duniawi dan telah alpa dan lalai tehadap tanggungjawab mereka. Ini akan menyebabkan anak-anak mereka terasa terabai.

Faktor kedua ialah kejahilan tentang agama. Pendidikan agama seseorang remaja itu mungkin tidak sempurna. Ini mungkin boleh menyebebkan seseorang remaja itu tidak tahu membezakan antara halal dan haram. Mereka mungkin melakukan perbuatan-perbuatan begitu kerana mempunyai pengetahuan yang cetek tentang agama mereka. Ia juga mungkin boleh disebabkan oleh kegagalan ibu bapa untuk melengkapi anak-anak mereka dengan pengetahuan ukhrawi dan nilai-nilai murni. Oleh kerana itu, anak-anak mereka akan melakukan perkara-perkara yang mereka tidak patut lakukan.

Faktor ketiga ialah pengaruh rakan sebaya. Remaja-remaja mungkin telah dipaksa oleh rakan-rakan untuk melakukan perbuatan yang haram itu. Rakan-rakan mereka menjadi pengaruh negatif terhadap mereka. Remaja-remaja kadang-kala masih mentah dan mereka mempunyai sifat ingin mencuba, menyebabkan mereka melakukan perbuatan-perbuatan itu. Remaja-remaja juga mungkin mudah terpedaya dengan keseronokan hingga mereka terlupa aka kesan-kesan yang akan timbul dalam keluarga mereka atau masyarakat.

Faktor keempat dan terakhir ialah pengaruh media massa. Remaja-remaja sekarang lebih terdedah dengan isu-isu seks melalui media massa. Medai massa memaparkan imej-imej yang berkiblatkan budaya hedonistik, dan ini telah menyebabkan remaja-remaja menjadi terpengaruh. Menambah kepada masalah ini, bahan-bahan lucah sekarang mudah didapati dari internet.media juga telah menyiarkan rancangan-rancangan yang beransur seks saperti Hanyut, Seksa, Anak Metropolitan, Desperate Housewives dan lain-lain lagi. Ini akan menyebabkan seseorang remaja itu tergerak untuk mancuba perbuatan-perbuatan yang mengaibkan itu.

Setelah menganalisa punca-punca masalah seks rambang, baguslah kalau kita mengkai kesan-kesan jangka panjangnya. Pertama, kesihatan seseorang itu akan terjejas. Mereka akan dijangkiti pemyakit kelamin seperti AIDS, HIV, syphillis dan gonorrhoea. Mengikut statistik yang diberikan, kira-kira 600 belia antara umur sepuluh hingga sembilan belas tahun dijangkiti penyakit kelamin dan setengah daripada jumlah itu merupakan belia Melayu. Kesihatan juga boleh terjejas akibat pengguguran yang tidak dijalankan dengan sempurna. Rahim seseorang remaja perempuan akan dijangkiti kuman dan ini mungkin akan menjejas lebolehan beliau untuk mempunyai zuriat pada masa hadapan.

Kedua, ia akan menimbulkan masalah-masalah sosial. Keluarga seseorang remaja itu akan menjadi porak-peranda akibat perbuatannya. Remaja-remaja yang menjadi ibu tunggal juga akan dipandang rendah oleh masyarakat. Kadar ibu tunggal akan semakin meningkat. Kadar pengguguran antara remaja juga akan meningkat. Lebih remaja juga akan berkahwin pada usia yang muda. Kadar keciciran dari sekolah akan menjadi lebih tinggi. Ia juga boleh menyebabkan perceraian antara remaja. Kelakuan-kelakuan remaja itu juga akan menjatuhkan maruah keluarganya. Keluarga itu juga akan dipulaukan oleh saudara-mara atau kawan-kawan rapat.

Akhir sekali, ia akan menjejaskan imej dan ekonomi negara. Ekonomi negara akan terjejas kerana kekurangan tenaga pekerja yang produktif. Negara terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat membuahkan hasil. Kalau kadar pengguguran semakin meningkat, imej negara akan tercemar. Oleh kerana itu, pelancongan juga akan terjejas akibat imej buruk yang pelancong-pelancong ada terhadap Singapura. Apabila rakyat tidak prihatin terhadap imej negara sendiri, maka binasalah seluruh negara itu.

Berdasarkan perbincangan di atas, masalah seks rambang antara remaja akan melahirkan banyak implikasi yang buruk kepada kedua-dua keluarga dan negara. Walaupun terdapat banyak punca-punca yang menyebabkan tercetusnya masalah ini, ia terpulang kepada individu untuk membentukkan masa hadapan mereka. Kerajaan sepatutnya membanteras kelakuan yang tidak senonoh ini dan keruntuhan akhlak. Kerajaan boleh mengadakan kempen-kempen seperti ‘Lebih Seksi Katakan Tidak’ dan mewajibkan pendidikan seks di sekolah. Langkah-langkah ini akan meningkatkan kesedaran antara remaja-remaja tentang kepentingan isu ini. Remaja-remaja juga patut mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni supaya dapat menghalang tercetusnya masalah ini. Oleh itu, masalah ini boleh ditangani dengan mudah sehingga ke akar umbinya jika semua rakyat lebih bertimbang rasa dan berkoperasi.

Fatin Nuratiqah
Menengah 3E1
Sekolah Menengah Dunearn

No comments: