Monday, July 21, 2008

Warga tua merupakan golongan yang telah banyak berjasa kepada kemakmuran dan kemajuan negara Singapura. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil un

Warga tua merupakan sumber dan pedoman kepada generasi muda untuk mengharungi pancaroba hidup. Malangnya, golongan ini sering terabai manakala jumlah penghuni di rumah orang-orang tua kian hari kian meningkat. Hal ini jelas memaparkan keruntuhan institusi keluarga yang amat membimbangkan. Kehidupan masyarakat pada era globalisasi ini lebih mementingkan kekayaan dan kebendaan daripada kasih sayang kepada keluarga. Gejala ini menyebabkan nasib warga tua pada zaman teknologi maklumat ini tidak lagi sebaik dahulu. Masyarakat kini beranggapan bahawa orang tua tidak produktif, tidak berguna, membebankan dan banyak karenah. Mengapakah kebajikan warga tua diabaikan? Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu golongan istimewa ini agar kehidupan mereka lebih selesa dan bermakna ketika meniti usia senja.

Salah satu langkah yang boleh diambil untuk membantu warga emas ialah dengan memupuk kesedaran tentang warga tua melalui pendidikan siviks dan moral di sekolah-sekolah. Kurikulum sekolah perlu mengambil kira pelajaran mengenai nilai-nilai kekeluargaan agar generasi muda dapat menghayati dan memahami kepentingan warga tua. Pengetahuan ini sangat penting bagi memahami keperluan warga tua kerana kebanyakan dari mereka beranggapan bahawa warga tua itu tidak berguna dan tidak produktif. Kesedaran ini dapat menganjak paradigma mereka agar mereka dapat menghargai orang tua yang telah banyak berjasa kepada kemakmuran dan kemajuan negara Singapura. Selain daripada kesedaran sivik, amalan praktikal juga diperlukan. Contohnya, mengunjungi rumah orang-orang tua, berbicara dengan mereka, menghiburkan mereka dan bermain dengan mereka. Faedah daripada langkah ini ialah hidup warga tua akan lebih bermakna kerana mereka dihargai oleh generasi muda.

Tawaran pekerjaan kepada warga tua juga harus dilipatgandakan. Warga tua harus digalakkan untuk terus menyumbang kepada pembangunan negara melalui pengalaman dan kemampuan fizikal mereka. Warga tua juga sering dikaitkan dengan warga emas kerana mereka sangat berharga bagi masyarakat. Mereka telah merasai asam garam kehidupan dan mereka dapat menberikan nasihat kepada generasi yang lebih muda. Ada pepatah InggerĂ­s yang mengatakan “kalau kamu tua berilah nasihat dan jika kamu muda, terimalah nasihat.” Oleh kerana itu, warga tua sangat diperlukan dalam setiap pekerjaan kerana mereka sangat berpengalaman dan mereka dapat memberikan nasihat bernas kepada pekerja yang masih belum berpengalaman. Faedah daripada langkah ini ialah warga tua dapat hidup berdikari dan hidup mereka akan menjadi lebih sejahtera.

Penyertaan warga tua dalam aktiviti kemasyarakatan dan kekeluargaan merupakan satu lagi langkah yang dapat dilakukan bagi membuat kehidupan warga tua lebih selesa dan bermakna. Warga emas ini harus digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan juga kemasyarakatan. Kerana mereka sangat berpengalaman Dengan menyertai aktiviti-aktiviti ini, masyarakat akan dapat lebih menghargai warga tua. Namun kebajikan warga tua ini sering diabaikan oleh masyarakat kerana mereka beranggapan bahawa mereka tahu segalanya dan warga tua tidak berguna dan juga membebankan sehingga mereka sanggup membiarkan orang tua mengemis. Mereka tidak sedar bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Oleh kerana itu, warga tua harus lebih aktif dalam menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan agar mereka dapat membuktikan bahawa anggapan stereotaip fmasyarakat tentang warga tua itu tidak benar dan juga masyarakat dapat menghargai mereka. Dengan cara begini, kehidupan mereka akan lebih bermakna ketika usia senja.

Insentif pengangkutan juga harus diberikan supaya kehidupan mereka akan lebih bermakna.
Warga tua patut diberikan potongan harga jika mereka menaiki kenderaan umum seperti bas dan Pengangkutan Gera Cepat (MRT) Selain daripada itu di setiap kenderaan umum di Singapura terdapat papan tanda yang mengglakkkan kita memberikan tempat duduk kepada warga tua, wanita mengandung dan orang yang cacat yang kurang upaya. Ini membuktikan bahawa pemerintah di Singapura mementing keselesaan hidup warga tua. Warga tua juga akan berasa lebih selesa jika menaiki kenderaan awam.

Akhir sekali, kursus bagi memahami, merawat dan menjaga orang tua harus diadakan bagi golongan muda. Kursus-kursus ini sangat penting terutama untuk menjaga kesihatan warga tua. Orang tua biasanya memerlukan orang yang peduli dan sayang kepada mereka. Oleh itu, generasi muda harus memiliki tanggungjawab untuk menjaga dan merawat warga tua. Warga tua juga akan berasa kesepian jika mereka ditinggalkan bersendirian di Rumah Tumpangan Orang Tua sementara anak-anaknya bekerja untuk mengejar harta dunia tanpa mempedulikan orang tua mereka. Oleh kerana itu, kursus ini penting agar generasi muda dapat memahami dan mengerti bahawa orang tua mereka memerlukan seseorang untuk merawat dan menjaga mereka. Faedah daripada langkah ini ialah generasi muda dapat merawat, menjaga serta memahami mereka dengan lebih baik.

Kesimpulannya, banyak langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu warga tua agar kehidupan mereka lebih selesa dan bermakna ketika usia senja. Antaranya ialah melalui pendidikan siviks dan moral di sekolah, penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan, insentif pengangkutan dan kursus menjaga dan merawat warga tua. Saya berharap agar kehidupan warga tua pada masa depan akan lebih tenang dan selesa. Akhirkata, saya ingin menyeru agar kita semua menghargai sumbangan warga tua dan melayan mereka bak menatang minyak yang penuh kerana warga tua adalah Quran buruk dan permata yang tiada tandingannya.

Vincent Marthawan Jong
Menengah 4E1
Sekolah Menengah Dunearn

No comments: