Thursday, July 24, 2008

Hatiku Terguris Luka


Hatiku Terguris Luka …

Matahari yang tegak di atas kepala menyinar dan memancar dengan teriknya di atas pusara Anwar yang masih merah. Pawana yang bertiup pada hari Jumaat itu berhembus tenang, setenang wajah Anwar ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. Aku masih lagi tersandar lemah di sebatang pohon kemboja yang lebat berbunga tidak jauh dari pusara Anwar yang masih merah. Perlahan-lahan pusara Anwar yang masih merah itu kutinggalkan. Aku melangkah longlai. Seluruh tubuhku terasa lemah dan sendi-sendi anggotaku terasa kejang.


Pokok-pokok kemboja yang kulihat telah mula menjadi samar-samar dan semua yang kulihat telah mula berbalam-balam. Detik-detik kesedihan bergayutan. Ruang pusara kembali dimamah sepi. Pokok-pokok kemboja dan nisan-nisan yang kaku saja yang menemaniku. Aku berhenti dan menoleh ke arah pusara Anwar. Timbunan tanah merah itu seolah-olah melambaikan tangan kepadaku. Tiba-tiba hatiku dilanda kesepian. Aku rindukan belaian Anwar, tawa serta guraunya. Namun, aku sedar yang pergi tidak akan kembali. Tanpa kusedari mutiara jernih menitis satu persatu dan terbukalah memori yang bertinta di hati.


Aku di temukan dengan Anwar seminggu selepas aku menjejakkan kaki di maktab rendah. Waktu itu aku dan rakan-rakan sedang menuju ke perpustakaan. Sedang aku leka bergurau senda, aku terjatuh akibat langgaran yang amat kuat.


Oi, awak buta kah’’? teriakku dengan lantang.


“Maaf saudari, saya tidak sengaja’’balasnya dengan nada kesal.


Aku menoleh lalu memerhatikan orang yang melanggarku dari hujung kaki ke hujung rambut. Tertera namanya di lengan kanannya yang di coret menggunakan pena. “Anwar, bisik hatiku kecilku.


Kami bertentangan mata. Rupanya yang kacak lagi tampan itu menjadi tumpuan mata nakalku. Tangannya di hulurkan tanda memberi bantuan, dengan teragak-agak aku menyambutnya, lalu beredar meninggalkannya sebelum dia dapat mengatakan apa-apa. Sudah begitu lama rasanya muka ini merah menahan malu akibat terjatuh tadi. Kali kedua kami bertemu ialah di kantin, perlahan-lahan dia menghampiriku. Entah mengapa dadaku berdegup kencang bagaikan pukulan ombak. Lututku terasa lemah, hampir-hampir aku jatuh ke lantai. Renungannya yang tajam membuat aku resah tetapi aku cuba berlagak selamba. Perutku kecut menahan gementar apabila dia berkata-kata. Sebelum ara beredar, dia sempat meminta nombor telefon bimbitku. Entah, mengapa bunga-bunga kegembiraan mekar di dadaku.


Hubungan aku dan Anwar semakin rapat dari hari ke hari. Kami di ibaratkan isi dengan kuku. Tidak boleh berpisah bagaikan belangkas. Ke sana kemari pasti berdua. Hidupku yang kosong dan kesepian ini menjadi ceria dan keriangan setiap kali bersamanya. Waktu dirasakan pantas berlalu dan dengan sekelip mata hubungan kamu sudahpun berusia setahun lebih.


Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku tidak menyangka Anwar akan meminta untuk memutuskan hubungan yang sekian lama terjalin. Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa hubungan yang terjalin atas dasar cinta akhirnya hancur berkecai bak serpihan kaca.


Mataku bengkak akibat tangisan. Hatiku menjadi lebih sakit seakan-akan dihiris pisau yang tajam apabila melihatnya berdua bersama gadis lain di pusat membeli belah. Hatiku remuk dan kehidupanku yang penuh dengan sinar kegembiraan menjadi pudar. Duniaku terasa gelap namun apakah daya aku tidak mampu berbuat apa-apa kecuali mengalirkan mutiara jernih. Hidup ini diteruskan juga tetapi terasa lambat benar masa berjalan. Sikapku yang ceria dan peramah hilang serta merta. Aku menjadi seorang pendiam.


Suatu hari ketika melangkah longlai keluar dari perpustakaan. Aku digegarkan dengan berita yang amat tidak disangka-sangka, Anwar sakit tenat. Ah! debaran di hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. “Ya Allah Ya Tuhanku selamatkan dan lindungilah kekasihku Anwar daripada bahaya,” bisik hati kecil hati ini.


Tidak dapat kutahan air mata yang lama bertakung di kelopak mataku. Akhirnya, tumpah kesemuanya. Hatiku berasa sayu melihat Anuar terbaring di situ dan tidak dapat berbuat apa-apa. Badannya amat kurus dan mukanya amat cengkung. Semua ahli keluarga tak putus-putus menemaninya di wad itu. Aku memeluknya sambil menangis teresak-esak. Tidak kupedulikan keluarganya yang melihat aku berkelakuan sebegitu. Anwar tidak dapat melafazkan sebarang kata dan nafasnya mula turun naik dengan cepat. Setelah Anwar mengucapkan dua kalimah syahadah, dia pergi menemui Allah yang Maha Esa. Ternyata Allah lebih menyayanginya.


Aku menerima sepucuk surat yang telah ditulis oleh arwah Anwar pada hari kematianya. Dengan hati yang berat, aku membuka suratnya dengan perlahan. Hanya tangisanku yang kedengaran di kamar yang sepi itu.


Fira,

Dengan terlayangnya warkah ini ke pangkuanmu, betapa aku sarat merinduimu. Ribuan maaf kupohonkan kerana terpakasa berbohong kepadamu tentang penyakitku ini. Sesungguhnya tidak pernah terlintas di hatiku untuk melukakan hatimu, tapi apakan daya aku terpaksa berbuat demikian demi kebahagiaanmu. Percayalah, kau tetap ratu di teratak hatiku.


Fira,

Mungkin pada saat Fira membaca Warkah ini, Anwar sudah pun menyahut seruan Ilahi. Jika benar, jadikanlah warkah ini sebagai pedoman buatmu untuk meneruskan hidup ini. Taburilah pusara ku dengan bunga-bunga yang harum mewangi sebagai tanda cinta Fira terhadap Anwar. Fira, jikaku tiada lagi di dunia ini carilah pengganti. Anwar senantiasa menyayangi Fira.


Kekasihmu

Anwar

Dentuman guruh membuat aku kembali ke alam realiti. Pedih dihati ini masih belum dibaiki. Anwar, akan kuingati di kau sepanjang hidupku. Kenangan bersamamu akan tetap terpahat di dalam dada.


Hazirah Sazalee

Menengah 3E5

Sekolah Menengah Dunearn


No comments: